Thursday, 9 October 2008

Status dalam BN: Gerakan digesa adakan sidang khas

Andrew Ong Oct 10, 08 11:44am

Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengulangi gesaannya supaya pucuk pimpinan parti itu mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan masa depan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).Berucap di persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Nasional 2008, di ibunegara hari ini, beliau berkata, gesaan tersebut merupakan kehendak sebahagian ahli akar umbi.“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita mesti bersedia berdepan dengan sentiment ini,” katanya.Mah berkata, perbincangan teliti mengenainya adalah perlu bagi mengelak daripada sebarang keputusan yang berunsurkan emosi, tanpa mengira implikasi jangka panjang terhadap parti itu.

Menyentuh sejarah, Mah berkata, pada 1971, apabila Gerakan menjadi anggota komponen BN, ramai pemimpinnya seperti Syed Hussein Alatas, Dr Tan Chee Koon dan V David, tidak bersetuju dan meninggalkan parti.Katanya, contoh terbaru ialah Parti Maju Sabah (SAPP) di mana beberapa pemimpinnya bertindak meninggalkan parti itu kerana mereka tidak bersetuju dengan keputusan keluar dari BN.“Kita tidak mahu situasi yang serupa berlaku dan memecahbelahkan parti ini,” tegas Mah.


Satu parti

Beliau juga menggesa supaya cadangan menjadikan BN sebagai satu parti terus dikaji.
Mah berkata, selepas 50 tahun merdeka, sepatutnya tidak ada satu parti yang memperjuangkan satu kaum sahaja.

"Sepatutnya setiap masalah satu kaum itu harus dilihat dalam konteks Malaysia dan bukan hanya pada sesuatu kaum itu sahaja," katanya.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe juga menyentuh subjek yang sama dan menyarankan supaya parti itu hanya kekal dalam BN sekiranya gabungan itu mengamalkan pendekatan yang pelbagai kaum.Sehubungan itu, beliau bertanya sama ada pemimpin Barisan, terutama Umno, bersedia untuk mengubah perjuangan mereka dengan mengutamakan pendekatan pelbagai kaum, tanpa rasa prejudis dan berunsur perkauman.“Sekiranya parti-parti komponen sedia berubah, dengan mengenepikan sikap pentingkan diri dan sedia mengutamakan perjuangan pelbagai kaum, maka Gerakan akan setia dan terus kekal bersama BN,” katanya.

Kecam ISA

Sementara itu, Mah dan Tan turut mengecam kerajaan berhubung penangkapan beberapa invidivu di bawah ISA baru-baru ini.Mah menggesa kerajaan supaya meminta akta tersebut untuk menghadkan kuasa hanya kepada menahan ‘elemen keganasan dan subversif’.

Menurutnya, langkah segera yang patut diambil oleh kerajaan ialah membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan untuk tempoh masa yang lama dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan.Katanya, penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng adalah tidak perlu dan telah mencemarkan imej kerajaan.Tan pula berkata, Wanita Gerakan mengutuk penyalahgunaan ISA dan menggesa supaya semua tahanan ISA dibebaskan.
COMMENT: sentimen ke arah menjadikan Malaysian Malaysia sudah menjadi mainstream dalam arena politik Malaysia. Ia bukan sahaja dibawa oleh DAP tapi juga sudah mula kedengaran dalam GERAKAN dan MCA dalam versi pelbagai tapi mempunyai maksud yang hampir sama. kebanyakkannya adalah parti berasaskan majoriti Cina kalau tidakpun 100% cina.
Alasan 50 tahun menjadi asas katanya membawa perubahan tersebut. Agaknya versi mana cara dan gaya Malaysian Malaysia itu hendak di bawa. contoh terdekat boleh rujuk kepada Singapura kerana dekatnya sejarah mereka dengan Malaysia serta pelopor idea tersebut dari semangat PAP. bagaimanapun sanggupkah kaum cina malaysia menyertai arus perdana melalui pembubaran aliran sekolah vernakular cinanya sebagai usaha mengurangkan 'kejauhan hidup' dari kebangsaan Malaysian Malaysia. Ini kerana Malaysia mencatat rekod sebagai "
“Malaysia adalah negara tunggal di Asia Tenggara yang ada Sekolah Cina yang menyampaikan pengajaran dalam bahasa Cina. Tiada negara lain di dunia seperti Malaysia,” Kata Najib.
Petikan penuh dari UTUSAN MALAYSIA
Malaysia berjaya kerana dasar integrasi kaum - Najib
10/10/2008 2:28pm
ALOR STAR 10 Okt.— Malaysia berjaya kerana mendukung dasar integrasi kaum dan kebebasan kepada rakyat mengamalkan budaya masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata dasar itu yang menjadi kekuatan Malaysia menjamin setiap kaum untuk mengamal budaya, cara berfikir, agama serta kebebasan dalam pendidikan dan jauh sekali daripada menekan rakyat supaya mengamalkan satu budaya.
“Pengasas negara berpandangan jauh kerana memahami keunikan kaum etnik di Malaysia hanya boleh diatasi (sebarang masalah) melalui persefahaman,” katanya semasa merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-25 di sini, hari ini.
Najib berkata atas sebab itu kerajaan tidak pernah terfikir untuk melaksanakan asimilasi kaum.
“Malaysia adalah negara tunggal di Asia Tenggara yang ada Sekolah Cina yang menyampaikan pengajaran dalam bahasa Cina. Tiada negara lain di dunia seperti Malaysia,” katanya.- Bernama.

No comments: