Tuesday, 7 October 2008

Khalid jelas sebab pertikai 3M PAS

Abdul Rahim Sabri Oct 7, 08 6:01pm



Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor menjelaskan bahawa saranan beliau supaya PAS tidak terlalu menekankan syarat "majoriti Melayu-Muslim" (3M) sebelum bersedia menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan, adalah satu cetusan ideanya untuk tujuan perbincangan dan perbahasan."Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan. Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS," kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu diminta mengulas mengenai tulisan dalam blognya yang menyifatkan syarat tersebut yang disarankan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak sukar memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno yang pastinya akan berusaha untuk memujuk mereka supaya tidak bersama Pakatan.Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: "Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani."Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (SAW) terpaksa membenarkan kalimah 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' serta istilah 'Rasullullah' digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy. Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah."Dalam blognya juga, Khalid berkata: "Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju ke hadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan.
"Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk” (risiko yang diperhitungkan). Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan ke mana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.""Oleh itu, jika dikaji secara objektif, beliau bertanya apakah risiko yang akan "terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti MP PR adalah bukan Islam? Pada pandangan saya amat minimum sekali.
"Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan (Persekutuan). Tuntutan perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong. Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari PR pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya," tambahnya.Berbanding dengan risiko yang minimum ini, tegasnya, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya PR mengambil alih di peringkat pusat.
"Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat. Kalau kita tak yakin dengan potensi yang ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko," katanya."Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar dari bawah pemerintahan Umno/BN.
Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik dari PR semata-mata kerana bilangan ahli MPnya bukan terdiri dari majoriti Melayu Muslim. Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!" tulis Khalid lagi dalam blognya itu.Ketika diminta mengulas lanjut mengenai maksudnya tulisannya itu, Khalid berkata, beliau menyamakan hal ini dengan perjanjian Hudaibiyah seperti yang dijelaskan tulisannya itu, kerana ia memberi keuntungan pada masa depan kepada PAS dan Pakatan.
"Ia memberi persamaan (dengan perjanjian Hudaibiyah) kerana memberi keuntungan kepada kita (Pakatan) pada masa hadapan iaitu, BN tidak akan ganggu kerana kita bentuk kerajaan dan pengiktirafan DAP kepada PAS," katanya.Beliau menambah, antara manfaat lain yang diperolehi sekiranya Pakatan membentuk kerajaan ialah membolehkan demokrasi tertegak, media menjadi bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan penilaian."Ia membuatkan kedudukan kita menjadi lebih kukuh," jelasnya.Bagaimanapun, tegas Khalid, PAS akan terus bersama dengan Pakatan selagi mana ia memberi manfaat kepada perjuangannya. Sehubungan itu, beliau menegas agar PAS tidak tergesa-gesa keluar daripada Pakatan di peringkat pusat, sekiranya majoriti ahli parlimen gabungan pembangkang terdiri bukan Islam.Sebaliknya, Khalid menyarankan agar PAS mengadakan muktamar khas untuk memutuskan kedudukan parti itu dalam Pakatan.
COMMENT: bagaimana beliau qiaskan keuntungan melalui perjanjian Hudaibiyyah dengan keuntungan meletakkan kepentingan 'majoriti melayu-muslim' sebagai sesuatu kurang penting. Apakah beliau telah lihat bagaimana isu Hudaibiyyah adalah isu wahyu yang tiada kompromi, sebab Allah maha mengetahui. sedangkan banyak perjanjian lain yang Rasulullah mengambilkira aspek pandangan majoriti melalui Syura. bahkan ada keputusan yang dibuat oleh Baginda akhirnya ditukar kembali apabila dimaklumkan risikonya. yang menariknya cadangan itu didahului dengan pertanyaan adakah keputusan itu wahyu atau sebaliknya.
Dalam kes ini adakah wahyu akan turun kepada Kahlid dalam menganalisis meminggirkan " majoriti-Melayu-Muslim? sebagai keuntungan. adakah pengikitrafan DAP kepada PAS suatu kemenangan jangka panjang sebagaimana keuntungan memperolehi kerakyataan secara jus soli yang terbukti suatu keuntungan kekal selagi Malaysia wujud dan melayu dapat merdeka bersama beberapa hak istimewa yang sering terancam.
lagi pun kalid samad, pengiktirafan DAP terhadap ISlam memang diakui melalui kerangka sekular yang mana banyak aktivis-aktivisnya mula memasukkan agenda Murtad serta kuasa mahkamah sivil perlu digunakan untuk selesai isu babitkan kesan murtad. tak taulah jangka panjangnya memang menguntungkan? sekali lagi Hanya Allah Maha Tahu diketika tiada wahyu yang turun bagi menjustifikasikan 'nampak seolah-olah rugi tapi untung ikut versi kalid samad.

No comments: