Tuesday, 28 October 2008

Najib: Rights will be upheld

2008/10/28
By : M. Husairy Othman
IPOH: The government will continue to defend the special rights of the Malays and those of the other races as outlined in Article 153 of the Federal Constitution, the deputy prime minister said. Reminding the country's leaders not to abuse their powers, he said the guarantees provided for in the Constitution should no longer be questioned.
"These are the basics and we will continue to defend Article 153 as the backbone of the nation.
"We can always sit down and discuss policies" but not the fundamentals of the Constitution, Datuk Seri Najib Razak said at a Hari Raya open house organised by Perak Barisan Nasional on Sunday.
He said matters pertaining to the social contract and Article 153 had been raised by several quarters of late.It was reported that several Pakatan Rakyat leaders, particularly Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, had said the special rights of the Malays were no longer relevant.
Najib also said that policies and initiatives announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmab Badawi would continue when he takes over the nation's top post in March next year.
"Certain things will not be changed and continue to be implemented. Islam Hadhari, the corridor initiatives and matters linked to the national context are excellent moves.
"After March we are still one family and I want to maintain a (good) relationship with Pak Lah."
Najib said the Barisan Nasional and Umno should not change just for the sake of doing so.
"We should not change for the sake of changing but we must change for the better.
"If the BN is a tree, it must be strong enough to afford protection to those seeking shelter under it."
All BN component parties and their members were also reminded to carry out their roles and duties with humility regardless of rank. "Once this is done, nobody can label us as arrogant and the people will love us.
"Leaders should not be feared but instead be respected and loved."
More than 3,000 people including former menteri besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali attended the function held at the Perak BN headquarters.
Also present were Najib's wife Datin Seri Rosmah Mansor, International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NST ONline; http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Frontpage/2386529/Article/index_html

Saturday, 25 October 2008

UMNO perlu pertahan hak dalam kontrak sosial

Baru-baru ini Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan meminta semua pihak tidak mempertikaikan soal kontrak sosial. apa pandangan Datuk Seri?
DR. RAIS: Pandangan itu sebenarnya adalah pandangan yang telah disebut pada tahun 1958 dan juga sebaik sahaja Jawatankuasa Reid mengadakan mesyuaratnya. jadi Raja-Raja Melayu mempunyai hak-hak kedaulatan, kebesaran, kemuliaan tidak boleh disentuh. Hak-hak Melayu secara khusus keistimewaan di bawah Perkara 153 tidak harus disentuh, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Perkara 159 mesti dihormati dan dilaksanakan.
Selainnya hak agama Islam, hak beragama, hak kesamarataan dan hak-hak yang dijamin ditetapkan oleh Perlembagaan mesti dipatuhi. Ini sebaiknya tetapi undang-undang yang menjamin perkara ini mesti dilaksanakan tuntutannya. Misalnya, pencelaan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam bentuk hasutan perlu diselesaikan segera, ini sudah dua tahun kes tidak juga selesai, itu masalahnya. Ia berkaitan dengan masalah pentadbiran dan pelaksanaan. Bagi kita untuk menerima pandangan Diraja itu mudah tetapi sistem doktrinnya dalam sistem pendidikan mesti difikirkan. Saya setuju dengan pandangan Sultan Azlan Shah yang mahu sistem pendidikan itu diterima.
Ada yang bertanya kenapa secara tiba-tiba Raja-Raja bersuara, apakah situasi sudah semakin tegang?
DR. RAIS: Mereka pun melihat apa yang berlaku. Contohnya Raja Nazrin sebagai seorang intelek, baginda juga melihat dengan jelas pihak tertentu lantang menyuarakan soal kontrak sosial yang sepatutnya tidak perlu dipertikaikan. Malah ada seorang profesor hebat mengatakan kontrak sosial itu adalah suatu impian mental belaka. Tentu Raja-Raja Melayu tertanya-tanya apaka benar dakwaan itu? Sebenarnya tidak begitu. Jadi mereka membetulkan semula keadaan supaya apa yang dipersetujui menerusi Suruhanjaya Reid dihormati, perjanjian Persekutuan pada tahun 1948 kemudian Laporan Suruhanjaya Reid dipatuhi, jadi hak-hak ini sebenarnya tidak perlu disebut lagi sebaliknya kita terus mara ke depan dan semua kaum mesti menghormatinya.
Bagaimanapun jika ada hak-hak bukan Melayu yang terjejas atau kita tidak ambil berat ini perlu kita apungkan, misalnya sekarang nisbah bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam sepatutnya ada 10 peratus tetapi tidak ada, ini boleh kita apungkan. Selain itu kita mesti akur kepada sistem perlembagaan yang sudah disusun.
Bagaimana kita hendak memastikan status quo kontrak sosial ini kekal relevan?
DR. RAIS: Kestabilan politik mesti diwujudkan menerusi kewibawaan UMNO semula dan pemimpin-pemimpin BN perlu juga memahami apa itu kontrak sosial. Mungkin saya lihat sebahagian daripada pemimpin baru BN mereka tidak mengerti, jadi perlu diwujudkan sistem pengetahuan dan amalan kontrak sosial. Kita mesti ada penguatkuasaan undang-undang untuk menjamin supaya keharmonian ini terus wujud tidak cukup dengan Akta Hasutan sahaja. Masalah yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu masalah lain. Ada beberapa jendela hak asasi manusia yang mungkin kita harus lihat semula di bawah undang-undang tersebut. Tetapi undang-undang yang mengadunkan pelbagai ras di Malaysia mesti wujud. Semasa saya sekolah dulu saya bergaul dengan Cina, India tetapi sekarang polaritinya teruk. Anak Melayu tidak bergaul dengan anak Cina dan India. Ini bahaya besar kalau politik sahaja kita imbangi tetapi sosial di bawah tidak, kita akan menghadapi satu letupan besar nanti. Sebaik-baiknya mesti wujud pergaulan ini dari sekolah sampai membawa kepada suasana bekerja, politik dan sebagainya. Membina negara seperti Malaysia perlu diambil kira. Masih belum terlewat dan saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengepalai perjuangan masa depan akan mengambil iktibar daripada keadaan ini.
Ada cadangan untuk atasi masalah ini kita hanya wujud satu sekolah sahaja?
DR. RAIS: Saya fikir kalau hendak mengungkai semula sukar kerana ia akan menimbulkan perbalahan, konflik dan sebagainya. Yang terbaik ialah mesti ada undang-undang yang mewajibkan kegiatan bersama. Sekarang ada sekolah yang dianggap sekolah elit. Itu tidak menerusi perundangan hanya menerusi pentadbiran yang perlu ialah misalnya dua kali seminggu Cina, India dan Melayu di mana sahaja bersekolah mesti mewujudkan pelbagai program. Mewujudkan program bersama ini boleh dilakukan.
Di England ada apa yang dipanggil Akta Hubungan Antara Ras. Ada disebut baru-baru ini untuk dicadang, ini harus kita fikir untuk Malaysia akan datang, kalau tidak ada kewajipan untuk mewujudkan kegiatan bersama kita tidak akan dapat memahami antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Ada pandangan bahawa isu kontrak sosial ini sengaja dimainkan oleh UMNO?
DR. RAIS: Pelbagai pihak mempunyai pandangan sendiri. Tetapi saya tidak fikir ia soal remeh. Oleh itu UMNO mesti berada di tahap yang boleh menguasai situasi. jika tidak UMNO bukan sahaja rugi perhitungan tetapi rugi dalam pelaksanaan nanti. Justeru UMNO mesti mempunyai matlamat yang jelas dan keberanian untuk mengambil apa yang hak. Soal bahasa kebangsaan banyak mana UMNO memperjuangkan sekarang sedangkan bahasa Inggeris dipakai. Berapa orang pemimpin yang bercakap bahasa Melayu yang tidak mengadunkan dengan bahasa Inggeris. Bermakna ini adalah satu kehilangan.
Seterusnya budaya Melayu. kebudayaan kita bagaimana kita menjurus kepada pembangunan bangsa begitu juga soal agama Islam bagaimana kita menggunakannya untuk kebaikan kita. Isu-isu ini UMNO sudah jarang mempolemikkannya yang diharungi sekarang bagaimana hendak kaya dan bagaimana hendak naik ke atas dengan menggunakan duit, itu sahaja, perjuangan sudah hilang. Jadi apabila perjuangan UMNO sudah hilang maka Fasal 3 Perlembagaan UMNO sudah dilupai, apabila itu sudah berlaku jelaslah UMNO menjurus ke jurang kelemahan.
Tetapi di kalangan orang Melayu sendiri ada yang tidak begitu hendak mempertahankan hak-hak mereka?
DR. RAIS: Saya tidak fikir begitu. Kesamarataan sudah dijamin di Perkara 8 Perlembagaan tetapi dibenarkan beberapa keistimewaan jadi terserahlah kepada UMNO untuk menjuruskan perjuangan ini menurut Perlembagaannya. Tetapi seperti mana saya nyatakan apa yang hak kepada UMNO kita tidak ambil berat. Jadi kalau itu tidak dibuat apa perjuangan kita? Dalam keadaan dilema inilah saya berpendapat dengan peralihan kuasa, saya menaruh harapan iaitu Najib membawa pembaharuan dalam konteks perjuangan baru.
Kita perlu ingat bahawa UMNO perlu menyediakan barisan kepimpinan yang berkualiti dan bukannya kuantiti. Ahli-ahli UMNO harus mengutamakan kepentingan parti mengatasi segala-galanya. Saya yakin Najib mampu membawa pembaharuan bagi memastikan UMNO terus dilihat relevan bagi memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
DL: 26 OKT 08

Tuesday, 21 October 2008

Laporan polis terhadap ketua Wanita Gerakan

Oct 21, 08 5:21pm


Sebuah NGO, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.Presiden Penaja GGMM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu di Balai Polis Pudu pada jam 11.30 pagi ini, ditemani anggota exco GGM Nik Rizman Sapian.Beliau mendakwa, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini, dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum, demikian menurut laporan Bernama."Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini adalah sama, serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain."Persoalan itu yang ditimbulkan oleh Lian Hoe dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. Beliau yang juga seorang peguam berkata, laporan polis itu dibuat untuk menghentikan tindakan berbaur hasutan dan perkauman oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan permusuhan dan pertikaian hak antara kaum.

http://www.malaysiakini.com/news/91704
DL 22 Okt 08

Sunday, 19 October 2008

Akur pada Perlembagaan

Utusan: Ada pihak mempersoalkan mengapakah orang Melayu banyak diberikan keistimewaan, walhal kaum lain juga memegang status sebagai warganegara Malaysia dan lahir di Malaysia.

SALEHUDDIN: Kekeliruan ini timbul ekoran ramai di kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi selepas merdeka tidak didedahkan kepada sejarah bagaimana pembentukan negara ini dan undang-undang yang berkaitan pemeliharaan hak setiap kaum di negara ini.
Apabila mereka tidak didedahkan dengan sejarah dan tidak diberitahu mengenai bagaimana wujudnya peruntukan khusus mengenai hak keistimewaan orang Melayu di bawah Perlembagaan maka tidak hairanlah ramai pihak yang mempersoalkan mengapa mesti orang Melayu diberikan keistimewaan.

Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan semenjak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Konsep ini telah dipersetujui untuk diserapkan sebagai konsep yang diguna pakai di negara ini oleh pemerintahan kerajaan British ketika negara dalam proses mencapai kemerdekaan.

Teras utama konsep Raja Berperlembagaan ini adalah raja-raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara khususnya untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Jika dilihat kepada sejarah bagaimana kemerdekaan negara diperoleh, sebenarnya persetujuan telah dicapai di antara tiga kaum terbesar negara Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, Raja-Raja Melayu dan dengan persetujuan kerajaan British agar hak keistimewaan orang Melayu akan terus dilindungi selepas mencapai kemerdekaan melalui kuasa yang diberikan kepada raja-raja Melayu.

Persetujuan inilah yang dinamakan sebagai Social Contract atau kontrak sosial. Ia dipersetujui atas dasar asas bagi mengurangkan jurang ekonomi kaum Melayu. Dan, apa yang diputuskan di dalam kontrak sosial tersebut telah diterjemahkan ke dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang terus digunapakai dan menjadi teras kepada pembangunan dan pemodenan negara Malaysia.
Bagaimanapun, hak dan kepentingan kaum lain tidak pernah dipinggirkan dan sentiasa dipelihara dan diperuntukkan juga di bawah Artikel 153 itu sendiri.
Apakah kemungkinan yang boleh berlaku akibat daripada tindakan segelintir pihak mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, pribumi Sabah dan Sarawak?
Apabila mereka mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu maka inilah yang dikatakan mempersoalkan kedudukan undang-undang dan membangkitkan isu sensitif yang boleh mengundang perselisihan faham dan mencetuskan ketegangan antara kaum. Peruntukan yang menjamin keistimewaan orang Melayu akan terus kekal selagi ia tidak dipinda.

Bagaimana hendak memastikan persetujuan semua kaum, Raja Melayu dan kerajaan British dilaksanakan oleh generasi akan datang?

Persetujuan kontrak sosial ini telah termaktub di dalam undang-undang melalui Artikel 153. Peruntukkan mengenai keistimewaan orang Melayu telah diperketatkan lagi pada 10 Mac 1971 dengan memasukkan Fasal (8A), Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang mana dalam peruntukkan ini diberi kuasa tambahan. Iaitu memberi kuasa tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam memberi arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran dan pengurusan universiti dan pusat pengajian tinggi atau kolej agar merizabkan tempat dalam jumlah tertentu bagi pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak di universiti, pusat pengajian tinggi dan kolej.

Dengan kata lain, pihak berkuasa tersebut perlu mematuhi sekiranya terdapat arahan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara tersebut. Jika diteliti dengan mendalam peruntukan fasal ini, jelas ia memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi penetapan kuota bagi orang Melayu di universiti, kolej dan pusat pengajian tinggi yang lain.
Apabila disentuh soal kuota kepada pelajar Melayu, bukanlah bermakna pelajar Melayu tidak layak untuk mendapatkan tempat di universiti. Ini kerana pelajar Melayu masih perlu memenuhi pra syarat dan kelayakan asas sebelum diterima masuk ke sesebuah universiti atau pusat pengajian tinggi.
Dalam masa yang sama apabila ada sistem kuota tidaklah bermakna pihak universiti mengenepikan soal kualiti kerana syarat untuk melepasi ujian dan peperiksaan tidak tertakluk kepada sistem kuota.
Dengan kata lain, jika pelajar Melayu tidak melepasi standard, mereka tetap gagal. Di samping peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak yang telah dibincangkan, terdapat juga peruntukan di bawah undang-undang negeri yang merizabkan tanah khusus bagi pemilikan oleh orang Melayu dan syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai syarikat pegangan Melayu bagi tanah beri milik, tanah kerajaan negeri, tanah rizab hutan dan tanah yang telah dirizabkan untuk kegunaan umum.
Sebagai contoh di negeri Selangor terdapat Enakmen Rizab Melayu (Selangor) FMS Cap 142 yang memberikan penekanan terhadap rizab tanah bagi orang Melayu. Undang-Undang ini memastikan tanah yang dirizabkan untuk orang Melayu sentiasa terpelihara.
Bagaimana pula kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan?
Di dalam Perlembagaan ada memperuntukkan Artikel 3(1) bahawa agama Islam adalah agama bagi Persekutuan. Namun dalam masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Di negara ini, majoriti orang Melayu beragama Islam. Secara tidak langsung apabila kita memperkatakan mengenai agama Islam ia berhubung rapat dengan orang Melayu. Persoalan mengenai agama Islam juga telah dipertanggungjawabkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Kedudukan agama Islam juga terpelihara dengan rapi di bawah Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Mengapa sejak kebelakangan ini terdapat golongan tertentu, malahan sekumpulan orang Melayu sendiri yang telah mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu?
Perkembangan ini pastinya amat merunsingkan dan mengundang kegelisahan di kalangan masyarakat Melayu yang ingin terus mempertahankan kedudukan dan keistimewaan yang terpelihara sejak berzaman sebagai pribumi negara ini.
Persoalannya adakah masyarakat Malaysia telah terlupa tentang kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum sebelum negara mencapai kemerdekaan dahulu yang mana hak-hak orang Melayu dan pribumi Sabah Sarawak akan terus dipelihara, dilindungi tanpa perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekalipun.
Tidakkah masyarakat hari ini sedar bahawa institusi raja diwujudkan bukan sebagai satu lambang upacara dan adat istiadat rasmi semata-mata. Malahan sebagai satu organ penting di dalam tampuk pemerintahan negara yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah Sarawak dan agama Islam.
Adakah generasi muda hari ini tidak pernah didedahkan tentang sejarah kewujudan negara ini yang berteraskan prinsip asas kontrak sosial antara kaum? Atau adakah orang Malaysia mudah lupa dan begitu alpa sehingga mengenepikan segala yang telah dipersetujui malah sedia termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan? Di manakah silapnya kita dalam kegagalan memastikan prinsip asas ini terpahat di dada dan pemikiran setiap rakyat di negara ini?
Hak istimewa
Apabila saya memperkatakan tentang kedudukan undang-undang mengenai hak istimewa orang Melayu dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak ini yang dipelihara oleh institusi raja, saya tidak sama sekali menyatakan undang-undang mengenepikan hak kaum lain di negara ini.
Malah kaum lain juga mempunyai hak yang sama rata di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara, cuma terdapat keistimewaan sedikit kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sebagaimana dipersetujui oleh semua kaum ketika mencapai kemerdekaan seperti di bawah Artikel 153.
Persoalan juga timbul adakah memelihara hak keistimewaan orang Melayu sekarang ini sudah tidak relevan lagi. Saya menyatakan soal relevan atau tidak bukan menjadi persoalannya kerana apa yang penting adalah hak istimewa ini sudah terpahat di bawah Perlembagaan dan akan terus kekal sehingga suatu pindaan dilakukan terhadap peruntukan itu.
Perjuangan untuk memelihara hak istimewa orang Melayu tidak boleh dilihat sebagai perjuangan berbentuk perkauman racist. Ini kerana undang-undang telah sedia memperuntukkan keistimewaan dan hak tersebut dan kita hanya perlu mempertahankan hak yang sedia ada ini.
Apakah faktor-faktor penting yang memerlukan hak istimewa orang Melayu dan institusi beraja mesti dipertahankan?
Ia perlu dipertahankan bagi memastikan: (i) Mempertingkatkan ekonomi orang Melayu setaraf dengan kaum-kaum lain agar tidak terpinggir (ii) Orang Melayu mempunyai daya saing dari segi ekonomi yang seimbang dengan kaum lain. (iii) Tahap kemiskinan orang Melayu dapat diatasi dengan kadar segera.
(iv) Kekuatan ekonomi orang Melayu boleh menjadi asas kepada kekuatan politik orang Melayu (v) Agama Islam terus dipelihara sebagai agama rasmi yang perlu dihormati oleh seluruh masyarakat Malaysia. (vii) Agar hak orang Melayu terhadap pemilikan tanah di negara ini dipelihara.
(viii) Pelajar-pelajar Melayu mendapat tempat di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan dalam jumlah yang hampir sama dengan kaum lain. (ix) Peluang diberi kepada kontraktor -kontraktor dan peniaga-peniaga Melayu untuk menjalankan perniagaan dan dapat bersaing dengan kaum lain di dalam apa jenis perniagaan yang diceburi.
Bagi memastikan kedudukan dan kepentingan orang Melayu sentiasa terpelihara, Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 153 telah memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh merizabkan untuk orang Melayu dan pribumi Sabah Sarawak dalam kadar yang difikirkan munasabah untuk perkara-perkara seperti di bawah.
(a) Jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam (b) Peruntukkan biasiswa dan danasiswa (c) Keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya (d) Peruntukkan permit atau lesen bagi pengendalian apa-apa tred atau perniagaan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan yang membenarkannya (e) Kemudahan-kemudahan khas yang lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perlu diingat, perenggan (e) Meliputi perkara yang luas iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dalam aspek lain apabila kerajaan Persekutuan hendak mengadakan sesuatu kemudahan khas lain bagi menjamin hak orang Melayu di Malaysia sentiasa terpelihara dan dindungi.
Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam merizabkan perkara-perkara tersebut di atas.
Bahkan melalui Fasal (3) dan (6) Artikel 153 juga diperuntukkan kaedah perlaksanaan rizab tersebut bagi menjamin ia dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu dengan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan apa-apa arahan seperti yang diperuntukkan seperti:
(a) Mana-mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya meliputi orang-orang dalam perkhidmatan awam. (b) Pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau pendidikan dan latihan. (c) Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pemberian permit dan lesen, bagi perlaksanaan rizab yang dinyatakan.
Setelah disentuh dan dihuraikan secara panjang lebar mengenai fungsi Yang di-Pertuan Agong, apakah nasihat ataupun saranan anda mengenai isu berbangkit ini?
Semua pihak perlu berbalik dan akur kepada peruntukan undang-undang. Sekiranya ini dilakukan, saya yakin tidak akan timbul pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum.
Pihak-pihak terlibat perlu lebih sensitif dalam mempersoalkan hak setiap kaum demi menjamin keharmonian dan keamanan negara ini. Saya juga yakin sekiranya semua pihak memahami sejarah kewujudan peruntukan mengenai hak istimewa orang Melayu dan memahami konsep raja berperlembagaan nescaya semua pihak akan akur tentang apa yang telah diberikan kepada setiap kaum.
Saya juga melihat terdapat golongan tertentu apabila membincangkan hak orang Melayu mereka lebih cenderung menyatakan ia menyentuh isu perkauman. Walhal ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana dalam undang-undang sudah sedia termaktub. Jadi mengapakah mesti mereka mempersoalkannya dan bertelingkah sedangkan undang-undang sudah jelas untuk difahami.
Ringkasnya, saya juga percaya kekeliruan ini timbul apabila semua pihak bercakap mengikut emosi masing-masing tanpa merujuk kepada undang-undang.
Sebagai rumusan, kuasa Yang di-Pertuan Agong di dalam memelihara keistimewaan orang Melayu di negara ini sentiasa terpelihara di bawah peruntukan undang-undang negara.

Sumber: Utusan Malaysia/ Isnin/ 20 Okt 08/ Rencana
DL 20 Okt 08

MCA: Wujud sistem pantau ISA

Oct 19, 08 6:25pm

Perhimpunan agung MCA hari ini meluluskan tujuh resolusi, antaranya mendesak kerajaan menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melantik lebih ramai naib canselor bukan bumiputera serta mengambilkan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Matematik dan Sains.Sehubungan itu MCA menyarankan supaya diwujudkan sebuah sistem untuk mengawasi dan menegur penggunaan ISA.
Langkah itu, menurut resolusi tersebut, adalah bagi memastikan supaya penggunaan ISA hanya terhad kepada kes berkaitan keganasan dan elemen subversif. Ini merupakan satu daripada tujuh resolusi utama yang diluluskan oleh MCA di perhimpunan agung tahunan ke-55 parti itu yang diadakan di Wisma MCA di ibunegara hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Selain itu, perhimpunan agung itu juga menggesa kerajaan melantik lebih banyak calon bukan bumiputera yang berkaliber dan berpengalaman sebagai naib canselor di universiti awam. Langkah tersebut, tegasnya, adalah bagi meningkatkan perpaduan antara kaum sambil memperbaiki prestasi universiti.

Bahasa ibundaParti itu juga mahu Kementerian Pelajaran mengembalikan semula penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah serta penggunaan kaedah lain bagi meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan hak terhadap kebebasan beragama, justeru perhimpunan itu dengan tegas mengulangi bahawa undang-undang Syariah tidak boleh digunakan kepada bukan Islam.Parti itu juga menggesa semua kerajaan negeri supaya melaksanakan dengan serius garis panduan pembinaan tempat ibadat bukan Islam seperti yang diluluskan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk memastikan semua agama dapat berkembang dengan bebas tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak.

AGM itu menggesa kerajaan memperbaharui Akta Anti Rasuah 1997 untuk mengubah Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (MCAC) manakala pada masa yang sama, mewujudkan Jawatankuasa Parlimen mengenai Pencegahan Rasuah bagi memastikan BPR sebuah badan yang bebas dan mempunyai kuasa mendakwa suspek ke arah membuktikan bahawa kerajaan serius dalam usahanya membendung masalah rasuah.

Parti itu menggesa kerajaan mempercepatkan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman, dianggotai oleh kalangan daripada bidang perundangan yang mempunyai rekod baik dan tahap moral yang tinggi bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman di negara ini. Mereka mahu kerajaan lebih komited dalam tindakan melaksanakan hukuman terhadap pegawai yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan pada masa sama memberi ganjaran kepada pegawai yang menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi kerja untuk meningkatkan keberkesanan tugas.

Gaji minimum

Bagi meningkatkan tahap pendapatan rakyat Malaysia, AGM itu menggesa kerajaan supaya melaksanakan struktur gaji minimum yang komprehensif dalam sektor kritikal terpilih, misalnya pertanian, komoditi dan industri perkhidmatan. Struktur gaji minimum itu penting bagi melindungi kumpulan berpendapatan rendah daripada dieksploitasi dan MCA mencadangkan Majlis Gaji perlu ditubuhkan untuk memantau serta melaksanakan dasar gaji minimum. Bagi mengatasi krisis kewangan dalam ekonomi global yang turut menjejaskan ekonomi dan sektor perniagaan di Malaysia, AGM itu menggesa kerajaan supaya segera menyemak semula dan memperbaharui semua dasar makroekonomi utama seperti Akta Penyelarasan Perindustrian, Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dengan hasrat meliberalisasikan kesemua sektor ekonomi.

Bagi memerangi jenayah dan mencegah kemerosotan dalam keselamatan negara, MCA menggesa kerajaan supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta mengambil tindakan segera untuk meningkatkan pasukan polis bagi mengukuhkan hubungan antara polis dan masyarakat. Parti itu prihatin dengan keperluan penduduk di Sabah dan Sarawak, oleh itu mahu kerajaan menyediakan infrastruktur, kemudahan asas dan kemudahan awam untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi kedua-dua negeri berkenaan.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91577
dl 19 Okt 2008

Peringatan Raja-Raja Melayu

Posting Khas - Peringatan Raja-Raja Melayu
A Kadir Jasin

MUKADIMAH. Rakyat jelata yang sayangkan negara, menghormati Perlembagaan dan cintakan keamanan, menjunjung kasih kepada Majlis Raja-Raja kerana kepekaan dan keprihatinannya.Peringatan Majlis Raja-Raja ini amat mendesak dan tepat masanya kerana kepemimpinan politik dilihat sebagai tidak mampu atau tidak berasa perlu menangani isu-isu yang menjurus ke arah perkauman dan cabaran terhadap Perlembagaan serta Kontrak Sosial ini.Dalam struktur perkongsian kuasa yang memberikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran kepada negara kita Malaysia, Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada komponen utama mekanisme “check-and-balance”.Raja-Raja berhak menasihati dan mengingatkan cawangan legislatif, eksekutif dan kehakiman.Justeru itu, peringatan Majlis Raja-Raja agar Perlembagaan, Kontrak Sosial serta segala komponen sokongannya dihormati dan tidak dipertikaikan adalah sangat-sangat dialukan.Menjunjung kasih. Daulat Tuanku.]
[BERIKUT adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah semalam.]“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial."Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”-- Bernama


[This is the full press statement by the Rulers' Council issued by the Keeper of the Rulers’ Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah at the end of the 215th Conference of Rulers held at the Istana Maziah in Kuala Terengganu yesterday.]“Press Statement issued by the Keeper of the Rulers’ Seal on the role of the Yang diPertuan Agong and the Malay Rulers regarding the special privileges, position, eminence or greatness of the Malay Rulers, Islam, Malay as the national language, the special position of the Malays, and genuine interests of the other communities in accordance with the Federal Constitution.“The Malay Rulers who attended the meeting of the Conference of Rulers conferred on the issuing of this special joint press statement today.“The Malay Rulers hold the constitutional role to safeguard the special privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the National Language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia.“The actions of certain quarters in disputing and questioning these matters, which formed the primary basis for the formation of Malaysia and are enshrined in the Federal Constitution, had caused provocation and uneasiness among the people. In retaliation, several quarters particularly Malay leaders whether in the government or non-governmental organisations as well as individuals had expressed their dissatisfaction and anger against those who had made the statements and reports and organised the forums.“Among the reasons identified for these to have occurred is the cursory knowledge of those concerned regarding the historical background as to why these provisions were enshrined in the Federal Constitution and the influence of their attempts to implicate the principles of impartiality and justice without regard for the historical background and social condition of this country. Narrow political interests are also a cause.“Unless this phenomenon is arrested immediately, it can lead to disunity and racial strife that can undermine the peace and harmony which has all this while brought progress, development and success to the nation.“As such, it is necessary for the Conference of Rulers to emphasise and remind all quarters of these constitutional provisions besides giving emphasis to the assurance of safeguarding the genuine rights of other communities."It has to be emphasised that each provision in the Federal Constitution has undergone the process of discussion, consideration, consultancy, sacrifice and compromise of the highest degree for what has been championed, discussed, considered, benefited from as well as agreed to by all quarters concerned, until the realisation of the provisions in the Federal Constitution which are known as the Social Contract."It is not proper to dispute and question this Social Contract and more so to subject it to a review or change because it is the primary basis of the formation of Malaysia. Therefore, it is appropriate for the Malay Rulers to remind that there should never be any attempt ever to test and challenge issues related to the Social Contract.“Truly, the leaders of the pre-independence era were insightful farsighted. They brought along with them the Malay Rulers for the negotiations to claim independence. The Institution of the Rulers was retained and legally enshrined in the constitution of an independent Malaysia."The Institution of the Rulers was accorded eminence, was positioned at the apex of Government, as the head of the country and the states, as a protective umbrella, ensuring impartiality among the citizens. The Institution of Rulers takes on the role of being a check-and-balance factor to untangle complications, if any.“The Conference of Rulers also calls on the Malays to be united to safeguard the privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the national language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia as enshrined in the Federal Constitution."It has to be emphasised that this agenda is more important and foremost than political or factional interests.“Non-Malays should not harbour any apprehension or worry over their genuine rights because these rights are guaranteed under the Federal Constitution and provisions of the state constitutions of Malaysia contained in Article 153 of the Federal Constitution.“It is hoped that with this emphasis, all confusion among the people regarding these matters can be contained and an atmosphere of peace, harmony and mutual respect can continue to exist among the people for the maintenance of order in the country.” - Bernama
posted by A KADIR JASIN 6:20 AM

DL 19 Okt 08

Social contract crucial for the nation

2008/10/19
MOHAMED JAWHAR HASSAN

THE special statement of the Conference of Rulers on the social contract on Oct 16 was unprecedented in Malaysia's history.


It was probably the first time that the supreme head of the Federation and the Rulers of the states made a collective and powerful stand on the organising political and legal instrument of the country, as embodied in the Federal Constitution.The statement's purpose is clear. It is to discourage dispute of the social contract and review of its basic provisions affecting the Rulers and the rights and interests of the various communities that comprise Malay- sia.It is not just a defence of Malay rights -- and, by extension, the rights of other indigenous communities -- but also the rights of the citizens of other communities as safeguarded by the Federal Constitution.Of concern to the Rulers was the prospect of ethnic strife being ignited over the issue and its effect on peace and security. This prospect is very real, as evidenced by the gathering confrontation over the issue along ethnic lines.

The sooner we realise that consensus among citizens of the various communities over re-negotiating their existing rights and positions in the Federal Constitution will be impossible to achieve, the better it will be for peace, harmony and stability.Social contracts are extremely difficult to arrive at, and Malaysia's model has served it eminently well, despite any perceived imperfections. There could have been no other basis upon which a multi-ethnic, multi-lingual and multi-religious Malaya, and later Malaysia, could have been constructed.The lack of a strong social contract is what has led to the protracted conflicts in countries like Thailand and the Philippines.What discrimination exists in Malaysia's social contract is necessary and positive, given Malaysia's history and the sovereignty exercised by the indigenous communities through their Rulers that was recognised by the British colonial authority.Criticism of elements in the contract will be met by strong counter-argument. Those who think that the contract is unjust and discriminates the Malays and other indigenous communities against the other communities might find it useful to understand that for many Malays, the injustice was, in fact, done unto them, in whom sovereignty was vested. For the Malays, sharing sovereignty was a profound sacrifice which is sometimes taken too much for granted by others.It would, therefore, be unwise to re-visit the fundamentals. It will only stir up primordial sentiment and generate mutual distrust and tension.It would be a grievous error to think that Malaysian society has moved on and all distinctions based on race are no longer relevant, as allegedly indicated by the results of the March election.

The Parti Keadilan Rakyat 2008 manifesto, for instance, acknowledges that the Constitution guarantees both "Bumiputera rights" as well as "non-Bumiputera rights". In other words, Keadilan hews to the social contract and recognises the distinction.The Constitution guarantees equality of rights. All Malaysians are free to practise their faiths, learn and speak their mother tongues and vote whichever party they want. The only difference is the recognition given to the religion of the Malays as the religion of the Federation, the language of the Malays as the national language and the quota and special position accorded to the Malays and the other Bumiputera in recognition of their historical status and their socioeconomic situation. In this regard, it must also be pointed out that the Constitution expressly forbids depriving any person, including non-Malays, of any privileges or facilities enjoyed by him.Indeed, the interests of Malaysians of all communities will be better served if they realise that the central issue is not fruitless contesting of the social contract, but ensuring the fair and just implementation of its spirit and substance.

Problems of implementation should not lead to questioning of the contract itself.Recent years have seen a serious strengthening of the fault lines and erosion in the glue that holds our society together. Occasional excesses of implementation, the exploitation of communal issues and the stridence of extremist voices on all sides have contributed to this. Issues relating to places of worship, faith and conversion have sometimes been grossly mishandled and alienated sentiment.The present incarnation of the NEP can be better harnessed to serve the needs of the poor within and across ethnic divides, and conform to the true spirit of the social contract.Some political parties need urgent reform. Many issues can be resolved behind closed doors without public dissension that aggravates the situation.The tide must turn.But the social contract itself need not be challenged. It is unique to the history and circumstance of this nation. It is a delicate balance between the imperatives of the past and the realities of the present. It was agreed upon by the elected representatives of the three major communities and the Rulers of the then Malaya, and it secured the agreement of the leaders of the other communities of wider Malaysia. It is enshrined in nothing less than the supreme law of the country, its Constitution.The social contract was reaffirmed after May 13, 1969 in the Rukunegara. It was reiterated in Vision 2020.Perhaps it is time to re-dedicate ourselves to it yet again.

Sumber: 'nstonline'; Sunday, October 19, 2008/
dl 19 Okt 08

Di Luar Lingkaran: Peringatan Raja-Raja Melayu

Oleh Johan Jaafar

Kedangkalan pengetahuan punca Perlembagaan dipersoalkan

MAJLIS Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan akhbar khas mengenai beberapa isu yang membabitkan kepentingan orang Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Bukan selalu Majlis Raja-Raja membuat kenyataan akhbar, apa lagi dalam nada yang sedemikian jelas dan tegas. Orang ramai boleh membuat pelbagai tafsiran mengenai keadaan yang dianggap 'luar biasa' itu. Tetapi yang pentingnya Raja-Raja Melayu berasa perlu membuat kenyataan sedemikian dalam iklim politik dan sosial masa ini. Kenyataan itu menyentuh tentang hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu; agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan. Sudah pastilah Raja-Raja Melayu selama ini mengikuti perkembangan yang berlaku di negara ini, khususnya dalam konteks kelantangan pelbagai suara yang mulai mempertikai kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu. Hal-hal ini bukan sahaja dijadikan bahan forum terbuka tetapi menjadi modal pilihan raya. Malah apa yang dianggap sebagai 'kontrak sosial' yang merupakan peruntukan-peruntukan tertentu yang telah dipersetujui bersama sewaktu Perlembagaan itu digubal telah juga dipersoalkan. Memang akhir-akhir ini banyak sekali perbahasan terbuka yang melimpah hingga ke dada-dada akhbar dan ruang udara serta internet mengenai pelbagai isu yang dianggap sensitif dalam konteks negara kita.

Majlis Raja-Raja menggunakan ungkapan 'pihak-pihak tertentu' yang mempertikai dan mempersoal perkara-perkara tersebut sedangkan semuanya telah menjadi 'asas utama pembentukan negara Malaysia.' Ekoran dari tindakan itu telah 'menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.' Maka itu timbul pelbagai reaksi balas yang keras dan marah terhadap pihak-pihak ini. Apa-apa yang termaktub di dalam Perlembagaan sepatutnya dianggap telah selesai. Memanglah Perlembagaan Persekutuan sebuah dokumen yang hidup. Tetapi sesiapapun harus menghargainya sebagai dokumen yang memungkinkan kewujudan sebuah negara bangsa yang kita kenal hari ini. Perlembagaan mana-mana negara dianggap dokumen teras yang memberi makna yang besar pada kemerdekaan negara itu. Perlembagaan Persekutuan tidak terkecuali. Perlembagaan itu lahir dari pemikiran pelbagai pihak – yang diwakili oleh pelbagai kaum dan kepentingan di negara ini. Mereka mempunyai visi jangka panjang sambil menyedari hakikat kompleksiti masyarakat pelbagai kaum. Kenyataan itu juga menyebutkan, 'setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya.' Maka itu Perlembagaan perlu dipertahankan, bukan sahaja sebagai ikrar dalam Rukun Negara yang dihafal oleh pelajar di sekolah, tetapi juga semangatnya harus dihormati.
Memang mudah menanyakan pelbagai isu dalam dokumen yang telah dihasilkan lebih 50 tahun yang lalu. Lebih mudah lagi menggunakan beberapa peruntukan di dalamnya bagi tujuan menunjukkan kelemahan dan salah guna dasar yang dilaksanakan. Memang ada kemungkinan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan yang diterjemah menjadi dasar untuk matlamat tertentu. Dan bukan mustahil dasar itu penuh ketirisan dan kebocorannya apabila dilaksanakan. Tetapi itu bukan alasan untuk menidakkan keperluan sesuatu dasar itu. Apalah lagi peruntukan Perlembagaan di belakangnya.
Soal yang membabitkan hak istimewa orang-orang Melayu misalnya tidak sepatutnya dibangkitkan lagi. Bagi memberikan penegasan baru, kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja itu yang antara lain menyebutkan "Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan." Majlis Raja-Raja menyalahkan "kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah" sebagai punca isu-isu tersebut dibangkitkan sewenang-wenangnya. Mereka juga tidak faham dengan jelas mengapa peruntukan-peruntukan tertentu dimasukkan dalam Perlembagaan. Ada kemungkinan juga 'prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini, tidak berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.' Majlis Raja-raja menyalahkan juga 'politik sempit' sebagai penyebab berlakunya perkara ini. Pemahaman latar belakang sejarah negara amat kritikal bagi memahami bagaimana dokumen sepenting Perlembagaan. Perlembagaan tidak lahir dari vakum. Menurut kenyataan itu lagi, apa yang difahamkan 'kontrak sosial' tidak wajar dipertikaikan 'lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah' kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Majlis Raja-Raja mengingatkan juga agar isu berkaitan kontrak sosial 'tidak sekali-kali cuba diuji atau dicabar.'

Memanglah keadaan dan suasana serta zaman yang melahirkan Perlembagaan itu telah berubah. Demikian juga dinamisme masyarakat serta akal budi rakyat negara ini. Tetapi bagi banyak negara yang usia Perlembagaannya ratusan tahun pun, soal inti dan kandungannya tidak pernah dipersoalkan. Apa lagi beberapa elemen penting di dalamnya didebatkan secara terbuka. Pemahaman ini sama pentingnya dengan menghayati semangat Perlembagaan itu. Semangat itu nampaknya bukan sahaja semakin luntur tetapi peruntukan yang sepatutnya dipelihara demi kestabilan dan keharmonian rakyat turut pula diperlekehkan. Majlis Raja-Raja berpandangan, 'gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan pada negara.' Pada waktu yang sama Raja-Raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu agar bersatu padu untuk mempertahankan hak-hak mereka dan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Kenyataan itu memasukkan ayat ini, 'agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.' Memang isu membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan bahasa Melayu semakin lantang kedengaran. Malah ada kalangan orang Melayu sendiri yang menjadi dalang pada perbincangan dan tindakan ke arah itu. Ada di kalangan orang Melayu yang mulai menanyakan keperluan perlindungan dari peruntukan Perlembagaan membabitkan hak-hak istimewa mereka sendiri. Ini termasuklah menanyakan relevannya dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Puncanya ialah kerana keyakinan baru di kalangan orang Melayu sendiri. Tetapi mereka lupa bahawa kejayaan dasar-dasar yang membolehkan mereka mengangkat mobiliti sosial, mendapat pendidikan lebih baik dan memperoleh peluang perniagaan merupakan hasil tafsiran dari peruntukan dalam Perlembagaan itu sendiri. Memang orang Melayu mudah lupa. Apa lagi mereka yang sudah berjaya dan memperoleh kejayaan yang mulai menafikan hakikat bahawa jutaan lagi anak bangsa mereka memerlukan perlindungan dan bantuan. Memang mudah terbabit dalam perbahasan terbuka mengenai kesamarataan dan keadilan, tetapi realiti kedudukan orang Melayu sama sekali berbeza. Malah dasar-dasar yang bertolak dari usaha menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan sama sekali tidak berhasrat mengetepikan kepentingan kaum-kaum lain. Raja-Raja Melayu telah memberikan ingatan. Kenyataan luar biasa itu seharusnya diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Kenyataan itu diharapkan akan menghilangkan segala kekeliruan di kalangan rakyat. Apa yang diharapkan ialah 'suasana yang harmoni, aman dan sikap hormat menghormati di kalangan rakyat' demi menjaga ketenteraman negara.
Sumber: Berita Mingguan/ 19 Okt.2008/ rencana

Soal Jawab: Peringatan Majlis Raja-Raja beri isyarat


Ketegasan lindungi kepentingan Melayu bukan sekadar barang mainan MESYUARAT Majlis Raja-Raja Ke-215 minggu lalu mengeluarkan satu kenyataan khas berhubung beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai peranan melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia. Pendirian itu dikeluarkan berikutan situasi tidak menentu sejak kebelakangan ini apabila ada pihak mula mempersoal, mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam bahkan meminta peruntukan dalam Perlembagaan seperti kontrak sosial dikaji semula serta membangkitkan isu sensitif membabitkan soal perkauman.



Wartawan Berita Minggu, Mohd Azis Ngah mendapatkan pandangan Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin mengenai isu berkenaan. PADA pandangan Datuk mengapa Majlis Raja-Raja terpaksa mengeluarkan ketetapan atau pendirian berhubung isu berkenaan?


Majlis Raja-Raja mengeluarkan ketetapan itu kerana ingin mengingatkan rakyat dan pemimpin negara bahawa institusi Raja-Raja Melayu masih wujud dan segar bugar serta berfungsi sepenuhnya mengikut Perlembagaan, khususnya, mempertahan dan melindungi kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera.


Adakah situasi dalam negara sekarang boleh dikatakan dalam keadaan tidak stabil dari aspek perpaduan kaum sehingga memaksa Majlis Raja-Raja campur tangan menjelaskan pendirian mereka?


Majlis itu berpandangan bahawa wujud kemelut kefahaman di setengah-setengah pihak mengenai kedudukan hak istimewa kaum Melayu, termasuk golongan cerdik pandai dengan memutar-belit fakta sejarah demi kepentingan sempit. Mereka ini termasuk mereka yang mempunyai kepentingan perkauman, peribadi atau pencapaian politik seseorang. Umumnya, wujud perdebatan berhubung istilah ketuanan Melayu dan kedaulatan rakyat. Kedaulatan Melayu sebenarnya berasaskan kepada sistem beraja, bangsa Melayu itu sendiri kerana ia tercatat dalam Perlembagaan. Istilah itulah yang sepatutnya digunakan pakai dan dipegang kerana wujudnya daulat adalah disebabkan adanya Raja Melayu. Apabila menyebut soal ketuanan Melayu, ia akan menimbulkan masalah kepada kaum lain kerana istilah itu sendiri merujuk kepada golongan tuan dan hamba atau orang bawahan. Ia sebenarnya diwujudkan oleh orang Inggeris dan diguna pakai di negara mereka sedangkan di negara kita, istilah itu sebenarnya sangat bahaya dan sering dipertikaikan kaum lain. Sedangkan dalam Perlembagaan sendiri dicatatkan kedaulatan Melayu, bukannya ketuanan Melayu, jadi pada pendapat saya, penggunaan istilah itu sendiri perlu diperbetulkan bertujuan mengelak salah tafsir kaum lain, sekali gus mengubah persepsi serong.


Bagi sesetengah pihak, penggunaan istilah ketuanan Melayu menggambarkan kekuasaan dan pemilikan mutlak ke atas negara ini dan mereka sering melaungkan istilah itu, sedangkan istilah yang dipersetujui bersama dalam Perlembagaan ialah kedaulatan Melayu. Ini perlu ditegaskan dan difahami. Jika istilah itu tidak digunakan ia lebih selamat kerana tunjang Melayu ialah Raja Melayu. Golongan yang menyokong ketuanan rakyat semestinya menidakkan ketuanan Melayu kerana mereka mendokong demokrasi yang dipilih rakyat dan mereka menentukan pemimpin. Keadaan akan berbeza jika kita menggunakan kedaulatan Melayu, iaitu merujuk kepada apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan mengingatkan semua pihak bahawa Raja Melayu masih wujud dan berfungsi serta perlu dihormati.


Apakah peranan Raja-Raja Melayu dalam pembentukan Malaysia dan pembangunan negara kerana ketika ini sudah ada yang turut mempertikaikan kedudukan Raja-Raja Melayu?


Kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dipertikaikan, yang dipertikaikan adalah hal-hal yang terletak di bawah perlindungan mereka, iaitu hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan juga kepentingan sah kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.


Sesetengah pihak dilihat mencabar peruntukan Perlembagaan yang secara jelas menyatakan kedudukan orang Melayu tanpa mengetepikan hak kaum lain. Tindakan itu juga secara tidak langsung dianggap cuba 'mengusik' keistimewaan serta kedudukan Raja Melayu. Apa komen Datuk?


Memang ada kenyataan yang boleh ditafsirkan sedemikian, tetapi kadang-kadang dinyatakan dengan tidak langsung.


Adakah menerusi peringatan daripada Raja-Raja Melayu ini mampu meredakan isu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu, selain memberi kesedaran kepada mereka yang masih mempertikaikan perkara ini?


Perkara yang dinyatakan Raja-Raja Melayu itu jelas. Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan jelas. Maka cerdik pandai, khususnya peguam, atau segelintir ahli politik berkepentingan sempit bersifat peribadi, harus menunjukkan kefahaman mengenai hal ini dan tidak bertindak melulu secara emosi, kononnya berdasarkan alasan 'hak asasi manusia' atau 'kepentingan masyarakat sivil' atau 'demi ketuanan rakyat.'


Isu penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga dilihat semakin tercabar apabila pihak tertentu sudah berani mempersoalkan penggunaannya. Contohnya, penggunaan papan tanda yang dulu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu, tetapi kini turut ditambah bahasa lain dengan alasan ia melambangkan perpaduan. Komen Prof.?


Penggunaan bahasa untuk papan tanda ditentukan oleh peraturan setempat. Ada tempat yang hanya mengenakan penggunaan satu bahasa saja, iaitu, bahasa kebangsaan, ada yang mengizinkan penggunaan bahasa lain. Contoh ini, mungkin tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan bahawa ada pihak yang mempertikaikan penggunaan bahasa kebangsaan. Yang lebih menonjol dalam hal ini adalah dasar kerajaan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik yang membelakangkan kemampuan bahasa kebangsaan menguasai ilmu sains, sekali gus membawa masalah penguasaan oleh murid Melayu ilmu sains dan matematik, justeru mendapat keputusan markah peperiksaan yang rendah.


Sebelum ini, Majlis Raja-Raja jarang bersuara berhubung soal ketenteraman dalam negara, soal perpaduan dan hubungan kaum. Adakah menerusi pendirian terbaru ini dilihat sebagai satu mesej jelas kepada kerajaan supaya meningkatkan keberkesanan hubungan kaum, termasuk langkah pencegahan awal mengelakkan perkara lebih buruk berlaku?


Kenyataan Majlis Raja-Raja ini adalah suatu peringatan umum dan menggesa supaya pihak berkenaan, kerajaan dan bukan kerajaan, mengambil tindakan sewajarnya. Ia peringatan jelas kepada pemimpin tanpa mengira parti bahawa mereka jangan ambil kesempatan untuk menggunakan Raja Melayu bagi mencapai cita-cita mereka. Bukan saja pembangkang, bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga perlu menyelesaikan masalah ini. Mereka yang suka ambil kesempatan ini adalah golongan yang mementingkan diri, tidak memikirkan tanggungjawab kepada rakyat dan apa yang penting bagi mereka ialah memastikan cita-cita mereka tercapai, baik dalam kerjaya politik, keuntungan peribadi atau ada agenda lain. Selepas pilihan raya umum baru-baru ini, beberapa tindakan menyaksikan campur tangan istana dan penggunaan kuasa Raja. Kenapa ia berlaku?... rakyat boleh menilai dan memikirkan sendiri.


Bukan Melayu juga diberi jaminan supaya tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Bukankah jaminan ini sudah memadai?


Jaminan ini lebih daripada memadai, tetapi ia mesti disusuli dengan tindakan yang boleh membuktikan akan hak bukan Melayu juga diperhitung dan diberi ruang.


Bagaimanapun sesetengah pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semakin berani dengan tindakan provokatif, termasuk membincangkan isu sensitif, termasuk kontrak sosial dan isu agama Islam pada majlis terbuka?


Kenyataan Majlis Raja-Raja jelas mensasarkan kepada kelompok berkenaan iaitu, kelompok intelegentsia Malaysia. Kelompok kecil inilah yang sering mempersoalkan isu sensitif dan mereka boleh dianggap golongan yang pandai berfikir, tetapi tidak bijak. Kita tidak pernah mendengar nelayan di Terengganu mempersoalkan hal ini ataupun penduduk Felda di Pahang mengadakan forum terbuka membincangkan isu sensitif. Tidak pernah terjadi kesatuan pekerja, golongan buruh, pekerja kasar mempersoalkan isu perkauman, kontrak sosial, isu sensitif dan ia menggambarkan mereka sudah bersyukur dalam sistem hidup yang ditentukan menerusi peruntukan Perlembagaan yang sudah pun mengambil kira kepentingan semua kaum. Hanya golongan tertentu yang berasakan mereka pandai yang berani melakukan ini, tetapi tidak tahu mentafsir apa akan jadi jika mereka buat itu, mereka tidak boleh menilai masalah rakyat dan buat semua hal ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang atau meminggirkan perasaan kaum lain semata-mata membuktikan kehebatan mereka. Kita sedia maklum, kerajaan menyediakan cukup banyak kemudahan, bantu menyediakan kemudahan sekolah, sediakan biasiswa, bagi pinjaman untuk mereka melanjutkan pelajaran semata-mata mahu mewujudkan lebih ramai golongan pandai di negara ini, tetapi sekarang kita lihat apa yang berlaku. Rakyat sendiri boleh memikirkan apa kesannya dan jika ini berlaku ia akan mengambil masa terlalu lama untuk diubati, sedangkan untuk mengadakan satu forum membincangkan isu sensitif, ia boleh diadakan sekelip mata.


Benarkah kepemimpinan sekarang kurang memberi perhatian kepada perkara ini atau ketelusan dan keterbukaan kerajaan menyebabkan pihak berkenaan (yang mempertikaikan) 'naik kepala.'?


Keterbukaan pimpinan sekarang, iaitu keterbukaan yang tidak dibincangkan terlebih dulu bersama dengan rakyat menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan. Keterbukaan ini disalah faham dan disalahgunakan. Apa yang terjadi kini adalah ibarat orang yang membuka pintu keterbukaan itu sudah jatuh dan dipijak-pijak oleh mereka yang berjaya mengambil kesempatan keterbukaan berkenaan.


Atau adakah mungkin sifat orang Melayu yang pemaaf (setiap kali ada isu orang Melayu yang akan meminta maaf daripada kaum lain) diambil kesempatan?


Sifat pemaaf ada dalam semua masyarakat. Yang jelas dalam keadaan sekarang ialah wujudnya segelintir pemimpin yang sanggup mengorbankan kestabilan politik negara demi mencapai kepentingan peribadi yang sempit dengan menggunakan segala kekuatan media global dan apa saja yang boleh digunakan untuk membelasah kepemimpinan sekarang yang ternyata menghadapi kemelut tersendiri.


Apakah orang Melayu, terutama pemimpin mempunyai kesedaran ini (terhadap mereka yang mempertikaikan hak atau asal usul orang Melayu) dan mampu mengambil tindakan sewajarnya sedangkan hubungan antara orang Melayu sendiri dilihat ada kerenggangan berikutan keadaan politik sekarang?


Apa yang berlaku adalah sifat akomodasi antara kaum di Malaysia ini kadang-kadang lemah dan rasa mementingkan diri lebih diutamakan. Jika ini dapat dielakkan pasti hal ini tidak berlaku.


Pandangan Datuk mengenai seruan Majlis Raja-Raja supaya orang Melayu bersatu padu mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia?


Kenyataan ini mesti difahami dengan mendalam dan dilakukan tindakan sesuai yang rasional dan berjangka panjang, bukan yang emosional. Pihak sektor awam, sektor swasta dan sektor komuniti mesti bekerjasama, melalui dialog berterusan kerana rakyat Malaysia sudah memilih lebih suka tongue wagging not parang wielding (lebih suka bertikam lidah daripada berparangan). Kita mempunyai saluran khas menyalurkan pendapat dan cadangan, iaitu menerusi suara rakyat yang memilih wakil mereka di Parlimen ataupun melalui permuafakatan. Pendekatan ini mesti difahami dan dipraktikkan.


Pada pandangan Datuk perlukah tindakan lebih keras diambil terhadap mereka yang masih mempertikaikan isu ini?


Tidak perlu tindakan keras, perlu jalan perundingan biarpun sampai bosan. Kekerasan menjana kekerasan yang lebih keras dan akhirnya keganasan. Di Malaysia violence is not an option (keganasan bukannya pilihan). Sebab itulah kita sering menggalakkan perbincangan, perkongsian pendapat, cadangan dalam menyelesaikan apa saja kemelut, masalah atau isu membabitkan kepentingan kaum. Golongan yang tidak berpuas hati tidak boleh bertindak secara agresif menggunakan kekerasan untuk mendesak, begitu juga tindak balas pihak lain. Cara kekerasan tidak akan menyelesaikan banyak masalah, bahkan merumitkan lagi keadaan sedangkan kita mempunyai pilihan menerusi perundingan.



SUMBER Berita Mingguan 19 Okt 08/ Rencana


Menyahut titah Raja-Raja Melayu

ADA perbincangan berlangsung sebelum Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 16 Oktober lalu. Biar pun tiada liputan dan di luar pengetahuan umum, namun hasil perbincangan tersebut diungkapkan dalam Kenyataan Akhbar Khas Raja- Raja Melayu yang disiarkan oleh tiga akhbar utama di negara ini kelmarin.
Kenyataan akhbar dwi-bahasa itu tanpa berselindung menyerlahkan fungsi sebenar Raja-Raja Melayu dalam melindungi hak-hak keistimewaan bangsa Melayu di sisi Perlembagaan termasuk dari sudut kemuliaan atau kebesaran raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Tanpa sebarang keraguan jauh sekali perasaan gentar, Raja-Raja Melayu mengembalikan semula ingatan semua rakyat Malaysia perihal peranan serta kuasa yang ada pada mereka untuk melindungi hak serta kepentingan bangsa Melayu dan pada masa yang sama memberi jaminan hak bangsa-bangsa lain di negara ini tidak pernah diperkecilkan.
Fungsi serta kuasa Raja-Raja Melayu itu sememangnya perlu diserlahkan supaya dilihat dan dihormati oleh semua rakyat di negara ini lantaran hubungkaitnya dengan pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai amat rapat. Apatah lagi perkembangan dalam negara mutakhir ini menyaksikan hak serta keistimewaan bangsa Melayu dipersoalkan secara terbuka termasuk peranan institusi Diraja yang semakin tidak mendapat penghormatan.
Pembelaan terhadap kedudukan bangsa Melayu juga semakin tidak ketahuan. Biar pun kelantangan suara membidas pihak-pihak yang mempersoalkan perihal kedudukan Melayu dan agama Islam, namun dari segi tindakannya semacam tidak kelihatan sehingga kesemuanya itu dilihat sebagai retorik politik - di satu peringkat ada yang menyimpulkan bahawa Melayu sendiri 'membunuh' Melayu. Manakala gerakan-gerakan mempersoalkan kedudukan Melayu dilihat sebagai menyediakan keranda bagi menempatkan jenazah perjuangan Melayu yang telah pun dikenal pasti kuburnya.
Pertemuan Raja-Raja Melayu secara rutin menerusi Majlis Raja-Raja sejak 111 tahun lalu selepas mesyuarat kali pertama berlangsung di Istana Negara, Bukit Chandan pada tahun 1897 kurang mendapat perhatian rakyat jelata.
Suasana mesyuarat yang berlangsung tanpa sebarang liputan serta agenda yang tidak pernah dipaparkan kepada umum menjadikan pertemuan Raja-Raja Melayu yang diiringi oleh Menteri Besar atau wakil masing- masing berlingkar secara eksklusif di kalangan para pesertanya sahaja.
Sememangnya peranan Raja-Raja yang tersembunyi di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri sukar dimengertikan oleh rakyat. Maka jadilah Raja-Raja institusi yang tersendiri sehingga setiap fungsi serta kuasa yang padanya dipandang sepi oleh rakyat malah kadang-kadang diperlekehkan.
Tarikan terhadap watak raja-raja Melayu di luar mesyuarat Majlis Raja-Raja pula bersifat berkala dan adakalanya menyentak rakyat jelata terutamanya kebelakangan ini apabila 'kemuliaan' institusi diraja mula dipertikaikan di khalayak umum. Ada Raja yang mula mengetengahkan fungsi mereka dengan menegur pihak-pihak tertentu supaya jangan diusik keistimewaan orang Melayu.
Betapa satu-satunya institusi yang tinggal untuk mempertahankan kedaulatan bangsa serta ketinggian agama Islam itu sering disalahertikan sebagai tidak mempunyai sebarang kelebihan sehingga peranan yang dimainkan selaras dengan peruntukan undang-undang berani dipersoalkan secara terbuka. Sebab itu kenyataan akhbar khas raja-raja Melayu itu dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam proses memastikan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan agama bukan sekadar cakap-cakap atau retorik politik yang menjengkelkan banyak pihak.

Menarik


Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Profesor Abd. Aziz Bari menyifatkan perkembangan terbaru bersangkutan kenyataan terbuka yang memperincikan satu per satu peranan serta fungsi Raja-Raja Melayu sebagai amat menarik dan sesuatu yang amat jarang berlaku.
Perkembangan terbaru itu, menurut beliau, merupakan petunjuk yang amat meyakinkan bahawa isu-isu menyentuh nasib dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam adalah penting untuk segera ditangani.
Beliau menarik perhatian mengenai isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam yang terlalu dipolitikkan sehingga masalah-masalah yang membelenggu umat Melayu beragama Islam di negara ini gagal diselesaikan sepenuhnya. Malah dalam banyak keadaan kedudukan orang Melayu masih ditakuk lama biar pun bunyi gah di sana-sini menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dimartabatkan tetapi jika diamati secara mendalam laungan-laungan itu terhenti setakat itu sahaja.
Jelas bahawa politik tidak berjaya sepenuhnya untuk dijadikan alat membangunkan orang Melayu dan pada masa yang sama melindungi hak orang Melayu biar pun secara jelas kesemuanya itu telah terbentang dan termaktub di dalam Perlembagaan.
Justeru kenyataan ulung Raja-Raja Melayu yang diperincikan tanpa berselindung menurut Abd. Aziz menunjukkan Raja-Raja Melayu sedar bahawa mereka mempunyai peranan penting dan bukan sekadar lambang.
''Oleh itu Raja-Raja perlu mengambil peranan proaktif kerana peruntukan berkenaan (kepentingan institusi Melayu), mereka sendiri yang memulakannya sebelum merdeka.
"Dan selama 50 tahun ini jelas orang politik tidak berjaya sepenuhnya mengisi peruntukan-peruntukan berkenaan'' katanya.
Rentetan daripada perkembangan terbaru itu, Abd. Aziz mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu melantik sebuah badan yang mewakili orang Melayu dan Islam untuk memantau dan mengambil langkah konkrit dalam menangani masalah kaum Melayu.
Beliau percaya penggantungan keterlaluan kepada kerajaan untuk menangani masalah seperti itu tidak akan menjayakan agenda membangunkan orang Melayu terutamanya apabila wujud kekacauan serta campur tangan politik keterlaluan yang kadang kala menjadi punca hak serta keistimewaan Melayu itu sendiri tenggelam.
Beliau merujuk kenyataan Raja Nazrin awal tahun ini tentang fenomena Tanggang Moden sambil menegaskan bahawa inilah masanya raja-raja perlu menggerakkan potensi Melayu untuk menubuhkan, contohnya, tabung pendidikan. Ini perlu diisi oleh mereka yang telah mendapat faedah dari dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) selama ini; mereka perlu membayar balik apa yang mereka nikmati atas dasar 'infaq' yang digalakkan oleh Islam.
Maksudnya, wajah-wajah Melayu yang telah mendapat manfaat besar daripada peruntukan Perlembangan tidak boleh lupa diri, jauh sekali memejamkan mata dan memekakkan telinga daripada mendengar rintihan bangsa Melayu semata-mata kerana mereka telah berjaya sedangkan hasil kejayaan itu datangnya daripada kedudukan istimewa sebagai orang Melayu yang beragama Islam.
"Dengan pendekatan sedemikian orang Melayu akan lebih bermaruah dan terhormat kerana mereka menolong bangsa dan diri sendiri. Dan prasarana ini telah pun disediakan oleh Islam," katanya.
Ditanya tentang cadangan penubuhan badan seumpama itu, beliau berkata, ia lebih kepada badan yang menggembleng potensi dan dana Melayu untuk kebaikan dan kebajikan bangsa. Badan itu penting supaya bangsa Melayu dapat berdiri dengan sokongan sendiri; bukan dari kerajaan atau orang lain.
Raja-Raja Melayu dilihat paling sesuai menggerakkan badan tersebut kerana ia mengatasi politik dan tidak tertakluk kepada pasang surut politik manakala pelaksanaan badan tersebut mesti berteraskan Islam atau dengan kata lain motivasinya adalah agama.
"Itu sebab saya sebut infaq yakni menyumbang untuk sesama agama dan daya penggeraknya ialah berbakti di jalan Allah. Kita kena gunakan agama yang sememangnya sudah sebati dengan Melayu dan keMelayuan itu sendiri," katanya.
Abd. Aziz melihat jalan politik ternyata tidak berkesan meskipun ia penting dari segi menyediakan tenaga dalam bidang pentadbiran negara.
Ditanya siapa yang perlu menganggotai badan tersebut, Abd. Aziz menegaskan: "Cukuplah jika saya katakan mereka yang mampu dan ingin memperkasa bangsa tanpa menjadi pengemis. Ini lebih merupakan self-help. Dan tak perlu sebut soal bidang kuasa atau sebagainya."
Sememangnya cadangan mewujudkan badan yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja itu dilihat sebagai amat perlu dan relevan kerana raja-raja tidak mempunyai mekanisme untuk turun kepada rakyat. Dan mereka tidak wajar berhubung dengan parti politik kerana ini mempunyai potensi untuk mengkompromikan kedudukan mereka sebagai lambang dan entiti milik semua.
Ditanya bagaimana memastikan ketegasan raja-raja Melayu tidak mengulangi retorik politik serta pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa memperjuangkan Melayu Abd. Aziz menjawab: "Saya fikir penegasan raja-raja itu sesuatu yang baik dan kena pada masanya. Tetapi ia masih bersifat retorik dan sekadar penegasan sedangkan kita memerlukan langkah-langkah yang konkrit. Ini perlu dirangka berdasarkan keperluan semasa dan akan datang selain mempelajari kesilapan 51 tahun yang lalu,''.
Perlembagaan
Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Dr. Shamrahayu Abd. Aziz percaya kenyataan akhbar raja-raja Melayu merupakan penegasan terhadap peranan yang dimaktubkan oleh Perlembagaan ke atas raja-raja Melayu mengenai perkara-perkara berkaitan Melayu, seperti perkara-perkaraberkaitan agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
Beliau sependapat dengan Abd. Aziz bahawa kenyataan akhbar sebegini menggambarkan kemelut berkaitan kedudukan bangsa Melayu dan hubungan kaum telah berada ditahap yang agak serius dan memerlukan campur tangan secara terus dari pihak Raja- Raja, yang juga merupakan institusi utama bertanggungjawab menjaga kedudukan dan kepentingan bangsa melayu.
Beliau percaya kenyataan tersebut telah dibuat dengan rasa tanggung jawab oleh para Raja Melayu mengenai peranan yang terletak dipundak mereka.
"Tidak dinafikan sebelum ini telah terdapat beberapa kenyataan mengenai isu ini yang telah dibuat oleh para Raja atau Putera Mahkota secara peribadi,atau melalui perutusan- perutusan tertentu.
"Namun isu tersebut masih juga menjadi perdebatan dan seolah-olah kenyataan atau perutusan tersebut tidak begitu diambil peduli dan terlepas di angin lalu," katanya.
Yang pasti harapan paling besar ialah semoga kesepakatan istana untuk memartabatkan kuasa Perlembagaannya menjadi peringatan kepada semua pihak agar berhenti daripada mempersoalkan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam.
Apa pun, realitinya, mungkin hanya tiga sahaja akhbar (termasuk Utusan Malaysia) yang menjadikan kenyataan akhbar raja-raja Melayu sebagai tajuk utama berita mereka manakala yang lain terutamanya akhbar dalam talian memberi tumpuan kepada dua berita lain, terutama mengenai kedudukan ekonomi negara dan pengharaman Hindraf.
"Oleh yang demikian pada pendapat saya keberkesanan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-raja ini tidak akan menjadi meluas dengan sikap akhbar ini. Saya menganggap kenyataan akhbar tersebut akan menjadi lebih bererti sekiranya mendapat kerjasama media dengan menghebahkan dalam tajuk berita atau di dalam ruangan sidang pengarang mereka.
"Namun agak menyedihkan, berita ini tidak menjadi tajuk hangat," katanya.
Apa pun keyakinan bahawa raja-raja Melayu mampu menyerlahkan peranan Perlembagaannya tetap ada. Ini kerana di peringkat permulaan iaitu selepas Durbar (Majlis Raja-Raja) dimulakan pada 1897, mereka telah berjaya menghasilkan banyak program.
Tanah simpanan Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Rejimen Askar Melayu dan akhirnya asas kepada Perkara 153 (hak keistimewaan Melayu) itu sendiri di samping kedudukan bahasa Melayu dan Islam adalah dorongan raja-raja Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.
Cuma kealpaan orang politik menyebabkan kesemua itu tidak berjaya disuburkan sepenuhnya sehingga menimbulkan keadaan seperti sekarang termasuk peminggiran tulisan jawi dan banyak lagi yang menuntut raja-raja Melayu menyemarakkan semula peranan mereka.
Selain bilangan profesional dan cerdik pandai Melayu yang berselerak di sana sini, kita ada sembilan kesultanan yang mempunyai ramai tenaga dan penggerak. Mereka ini perlu digembleng dan menjadi penghubung antara rakyat biasa dengan istana
Keyakinan bahawa wawasan ini boleh mendatangkan hasil sememangnya tinggi. Ini kerana jika sebelum merdeka Raja-Raja Melayu dapat menghasilkan sesuatu yang masih kekal hingga ke hari ini, kita tidak nampak ada hambatan yang serius dan tidak boleh diatasi.
Lagipun Raja-Raja Melayu tidak memerlukan kuasa formal; kesahan institusi yang akarnya menjalar ke zaman Melaka sudah cukup kuat untuk memberikan lonjakan dan stamina. Yang penting ada kesungguhan dan komitmen di kalangan Raja-Raja untuk menitahkan sesuatu. Bangsa Melayu pasti menyahutnya dengan penuh semangat. Setiap langkah yang dimulakan oleh istana akan disambut dengan ratusan dan ribuan langkah susulan oleh rakyat.
SUMBER: Utusan Malaysia/ Ahad 19 Okt 2008/ Rencana

Friday, 17 October 2008

Pertahankan institusi Melayu

Oleh Ikbal Salam

Baru-baru ini seorang sahabat warga Singapura bukan Melayu singgah bertemu penulis dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang. Beliau memaklumkan hasratnya membawa keluarganya pergi ke sebuah rumah ibadat di Pulau Pinang kerana menurut pandangannya di sana “adalah lebih mulia darjatnya dan mempunyai ramai sami yang berkaliber.”
Kenyataan itu membuatkan penulis terfikir bahawa dalam sebuah negara yang didominasi oleh orang Melayu beragama Islam, kepercayaan agama lain terus diberikan cukup ruang untuk berkembang hinggakan penganut agama dari negara lain pun datang ke sini memandangkan kemuliaan rumah ibadat agama itu di Malaysia.
Kemuliaan itu tidak mungkin akan berlaku tanpa sifat toleransi yang tinggi orang Melayu. Dalam keadaan yang lain lihat sahaja kegemilangan Batu Caves pada setiap tahun, yang mana perhimpunan sebesar itu pun tidak dibuat oleh orang Melayu dalam negara ini. Bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa negara kita seringkali juga menjadi tempat bagi para paderi atau sami berhimpun atas tujuan agama masing-masing.

Kenyataan khas Mesyuarat Majlis RajaRaja ke-215 di Kuala Terengganu seharusnya menjadi peringatan kepada setiap pemimpin politik yang memperjuangkan kaum-kaum dalam negara kita. Biar sejauh mana pun kemajuan yang dicapai oleh negara ini, prinsip asasnya yang perlu diinsafi ialah Malaysia adalah milik semua warganegaranya.
Semua rakyat dijamin malahan telah dibuktikan untuk sama-sama mengaut keuntungan di bumi bertuah ini. Begitu pun, sebagai warga asal yang menduduki negara ini sudah tentulah orang Melayu diberikan keistimewaan yang bukanlah terlalu banyak sebagai mengiktiraf pengorbanan mereka dahulu.

Sesuai dengan pepatah Melayu yang menyatakan ‘orang berbudi kita berbahasa’, keistimewaan sedikit yang diberikan ini terus sahaja mendapat balasan segera daripada orang Melayu dengan menganugerahkan pula status warganegara kepada bukan Melayu. Para pemimpin dari UMNO, MCA dan MIC ketika itu telah menggunakan pemikiran waras dan jauh mereka.
Sementara orang Melayu terus menuai nikmat dalam bumi ini, kaum-kaum lain pun boleh turut sama menuai hasil tanpa perlu berasa takut atau dianaktirikan.
Kita boleh meneliti statistik penganugerahan status warganegara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sejak merdeka yang sangat jelas menunjukkan betapa ramainya kaum bukan Melayu menikmati faedah ini.

Hari ini kita memerlukan senarai yang sangat panjang untuk meneliti satu demi satu tuntutan dan dakwaan orang bukan Islam terhadap agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini bukan sahaja hak-hak yang berkaitan dengan kaum Melayu cuba dipertikai, malahan terdapat juga permohonan daripada orang Kristian dan Sikh untuk menggunakan nama Tuhan orang Islam iaitu Allah dalam urusan agama mereka.

Pelbagai arahan larangan penggunaan kalimah tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri kelihatannya tidak diendahkan malahan pihak Kerajaan Malaysia pula yang disaman oleh pertubuhan agama tersebut kerana melarang penggunaan kalimah suci tersebut.
Permohonan seumpama ini jika dibuat sekitar tahun 1960-an atau 1970-an akan mengakibatkan rusuhan antara agama dalam negara kita. Begitu pun sekarang, lihatlah bagaimana ketenangan dan kesabaran orang Melayu apabila menghadapi keadaan seumpama ini.

Walaupun apa yang dituntut itu melibatkan kesucian agama mereka, orang Melayu tetap bersabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan institusi kehakiman kita untuk menyelesaikan kes tersebut. Untuk tujuan rekod, hakim yang ditugaskan untuk mendengar kes tersebut pun bukanlah terdiri daripada hakim yang berbangsa Melayu atau beragama Islam.
Lebih daripada itu presiden persatuan agama tersebut menerima pula anugerah gelaran Tan Sri daripada pihak Kerajaan Malaysia semasa kes tersebut sedang berlangsung.


Kegagalan

Perasaan tidak puas hati terhadap apa yang diperolehi oleh orang Melayu berlaku kerana kegagalan sesetengah pihak untuk menghargai fakta-fakta sejarah negara kita. Kegagalan ini pula disebabkan oleh kebanyakan anak muda bukan Melayu contohnya yang berada di Johor yang sejak kecilnya belajar di negara jiran dan tidak pernah berada dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan.

Tidaklah pelik jika mereka ini lebih arif tentang sejarah penubuhan Singapura daripada sejarah penubuhan Malaysia. Jangan hairan jika lagu kebangsaan Majulah Singapura lebih lancar di lidah mereka berbanding dengan lagu kebangsaan Negaraku.

Jika difikirkan, perkara ini berlaku pun kerana sikap toleransi orang Melayu yang membenarkan pelbagai jenis aliran pendidikan melangsungkan agenda mereka dalam negara kita. Keterbukaan seumpama ini tidaklah berlaku dalam sejarah pembinaan negara Indonesia umpamanya.

Apabila sejarah hanya menjadi sejarah untuk sebilangan kaum, maka peruntukan yang menjadi teras dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan lagi menjadi penting. Para pejuang kebebasan kaum ini merujuk peruntukan Perlembagaan yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum, sedangkan peruntukan yang spesifik berkaitan kaum Melayu dan agama Islam seolah-olah telah lama dibatalkan oleh Parlimen kita.

Sebaliknya lihatlah kenyataan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan majoriti pemimpin Melayu yang apabila merujuk kepada ketinggian agama Islam maka mereka juga akan menyebut bahawa hak-hak bagi mengamalkan agama lain tidak akan diganggu gugat.
Yang menjadi masalah sekarang adalah apabila sebahagian pemimpin mula menjuarai kepentingan kaum atau agama mereka dan pada masa yang sama melanggar sempadan yang telah selama ini diamalkan dalam masyarakat kita.

Contohnya, apabila Perlembagaan menyatakan bahawa agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing maka terdapatlah pula pendakwah-pendakwah agama lain yang secara sengaja cuba pula menyebarkan ajaran agama mereka kepada orang Islam.

Alasan mereka mudah, kebebasan beragama, hak asasi manusia. Setelah mempengaruhi anak-anak muda Islam meninggalkan agama Islam dan mengganut agama mereka, aktivis-aktivis ini terus sahaja mengkritik agama Islam dan sistem kehakiman syariah kita kerana dikatakan cuba menghalang kebebasan beragama.

Bukan sedikit kecaman dan tohmahan yang dilemparkan kepada sistem perundangan Islam hingga rupa wajah agama Islam yang sepatutnya dijunjung oleh Perlembagaan itu digambarkan sebagai sangat zalim dan tidak adil. Ironinya, dengan kepimpinan orang Melayu yang beragama Islam selama inilah agama mereka terus berkembang dan sesetengah pusat ajaran agama itu pula menjadi rujukan kepada penganut agama tersebut dari seluruh dunia.

Orang Melayu juga harus sedar bahawa apabila kita meneliti satu demi satu peruntukan di dalam Perlembagaan, kita akan dapati bahawa tidak ada satu pun dalam peruntukan tersebut merujuk kepada terma ‘Ketuanan Melayu’. Apa yang dimaktubkan adalah hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Rumpunan hak-hak keistimewaan ini jika dilaksanakan dengan amanah akan mampu mewujudkan apa yang dirujuk sebagai hak ketuanan tersebut.
Dalam realiti kehidupan sekarang, pemimpin politik Melayu harus berpijak di bumi nyata. Kerakusan mereka terhadap kuasa bagi mengukuhkan kedudukan diri sendiri dan bukan kaumnya akan mengakibatkan orang Melayu dilihat sebagai kaum majoriti tetapi hanya memiliki suara minoriti.

Apabila wujud sesuatu isu berkaitan hak Melayu, suara-suara pemimpin Melayu begitu lemah sehingga rakyat tidak bergetar di perasaan, tidak juga terlintas di fikiran masih adakah pemimpin Melayu yang memperjuangkan nasib mereka. Apa maknanya menjaja hak ketuanan tersebut jika kita melihat realitinya orang Melayu hanya menjadi pekerja di gedung tauke-tauke bukan Melayu, menjadi pemandu kereta mewah dan tukang kebun di banglo milik orang bukan Melayu.

Kita juga harus memberikan kefahaman kepada setiap warganegara akan rukun teras kewujudan negara ini. Pemahaman silang budaya harus terus diperkukuhkan. Dalam sambutan Aidilfitri baru-baru ini, ramai sahabat kaum Tionghua yang mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada penulis.

Penulis jelaskan maksud Aidilfitri dan bezanya dengan Maal Hijrah kepada mereka dan kelihatannya sahabat-sahabat Tionghua ini sangat menghargai fakta yang baru diketahui itu.
Hak ketuanan Melayu hanya akan wujud jika kita dapat memastikan orang Melayu tidak terus terpinggir dalam negara ini. Maksud terpinggir datang dalam banyak sudut: ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya.
Sudah tiba masanya orang Melayu bangkit kembali dihitung menjadi satu dalam menentukan arah tuju wajah negara ini. Kekuatan itu jika lahir tidak pula menjadikan kita bangsa yang akan menindas kaum lain malahan kekuatan orang Melayu akan menjadi tiang seri kepada pengukuhan negara yang tercinta ini.

Sumber: Utusan Malaysia/18102008/ Rencana
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Kenyataan khas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-215

Harakahdaily Fri Oct 17, 08 7:59:04 am MYT
KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini semalam mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.
"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."
Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.
Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu. - mks._

SUMBER, Harakahdaily.net
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017399&Itemid=85

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tegur kesilapan
KUALA LUMPUR, 17 Okt. - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini dukacita kerana berlaku satu kesilapan kecil dalam penyiaran berita/percetakan artikel yang menyentuh kenyataan akhbar khas Raja-Raja Melayu semalam.
Menurut beliau, ada pihak yang melaporkan bahawa kenyataan akhbar khas melalui Bernama itu adalah hasil perbincangan dan keputusan yang diperbuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
"Apa yang sebenarnya ialah kenyataan akhbar khas itu adalah hasil perbincangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dibuat dan diputuskan sebelum baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Okt 2008," jelas beliau.
Kenyataan Akhbar Khas Raja-Raja Melayu itu adalah berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sumber; UTUSAN MAlaysia 18 OKT 2008/ Dalam Negeri

[This is the full press statement by the Rulers' Council issued by the Keeper of the Rulers’ Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah at the end of the 215th Conference of Rulers held at the Istana Maziah in Kuala Terengganu yesterday.]


“Press Statement issued by the Keeper of the Rulers’ Seal on the role of the Yang diPertuan Agong and the Malay Rulers regarding the special privileges, position, eminence or greatness of the Malay Rulers, Islam, Malay as the national language, the special position of the Malays, and genuine interests of the other communities in accordance with the Federal Constitution.“The Malay Rulers who attended the meeting of the Conference of Rulers conferred on the issuing of this special joint press statement today.“The Malay Rulers hold the constitutional role to safeguard the special privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the National Language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia.“The actions of certain quarters in disputing and questioning these matters, which formed the primary basis for the formation of Malaysia and are enshrined in the Federal Constitution, had caused provocation and uneasiness among the people. In retaliation, several quarters particularly Malay leaders whether in the government or non-governmental organisations as well as individuals had expressed their dissatisfaction and anger against those who had made the statements and reports and organised the forums.“Among the reasons identified for these to have occurred is the cursory knowledge of those concerned regarding the historical background as to why these provisions were enshrined in the Federal Constitution and the influence of their attempts to implicate the principles of impartiality and justice without regard for the historical background and social condition of this country. Narrow political interests are also a cause.“Unless this phenomenon is arrested immediately, it can lead to disunity and racial strife that can undermine the peace and harmony which has all this while brought progress, development and success to the nation.“As such, it is necessary for the Conference of Rulers to emphasise and remind all quarters of these constitutional provisions besides giving emphasis to the assurance of safeguarding the genuine rights of other communities."It has to be emphasised that each provision in the Federal Constitution has undergone the process of discussion, consideration, consultancy, sacrifice and compromise of the highest degree for what has been championed, discussed, considered, benefited from as well as agreed to by all quarters concerned, until the realisation of the provisions in the Federal Constitution which are known as the Social Contract."It is not proper to dispute and question this Social Contract and more so to subject it to a review or change because it is the primary basis of the formation of Malaysia. Therefore, it is appropriate for the Malay Rulers to remind that there should never be any attempt ever to test and challenge issues related to the Social Contract.“Truly, the leaders of the pre-independence era were insightful farsighted. They brought along with them the Malay Rulers for the negotiations to claim independence. The Institution of the Rulers was retained and legally enshrined in the constitution of an independent Malaysia."The Institution of the Rulers was accorded eminence, was positioned at the apex of Government, as the head of the country and the states, as a protective umbrella, ensuring impartiality among the citizens. The Institution of Rulers takes on the role of being a check-and-balance factor to untangle complications, if any.“The Conference of Rulers also calls on the Malays to be united to safeguard the privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the national language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia as enshrined in the Federal Constitution."It has to be emphasised that this agenda is more important and foremost than political or factional interests.“Non-Malays should not harbour any apprehension or worry over their genuine rights because these rights are guaranteed under the Federal Constitution and provisions of the state constitutions of Malaysia contained in Article 153 of the Federal Constitution.“It is hoped that with this emphasis, all confusion among the people regarding these matters can be contained and an atmosphere of peace, harmony and mutual respect can continue to exist among the people for the maintenance of order in the country.” - Bernama