Saturday, 27 September 2008

Utusan api-apikan sentimen kaum

Lee Ban Chen Sep 24, 08 1:56pm

Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA terbesar yang pernah berlaku di negara kita. Selain badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan sewenang-wenang itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto, Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya.Sungguhpun Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk akal dan mengelirukan. Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi "perlindungan keselamatan", dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma disiasat berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” .

Hoon Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa masyarakat Cina "kaum penumpang" yang mustahil mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.Atas tekanan parti-parti komponen Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad selama tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan kenyataannya. Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang amat melucukan! Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit.Selepas membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September 2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”! Mohamad Asri selanjutnya merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu. "Hakikatnya telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya."

Nampaknya niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan” kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai, dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit!Biarlah kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif. Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan.Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan. Mereka hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut.Kini, menteri besar baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk. Mungkin masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit? Yang kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS? Jika petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam!Teresa yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai "kurang ajar", dan dikatakan sedang "memaksa" DBKL menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi. Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu "memaksa" DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya?Bagi mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan ketuanan Melayu? Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita, buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan! Menurut imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu "berpengaruh" sekali, sehingga sanggup "menyuapkan" Khalid mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain, serta "memegang tali" untuk menyuruh menteri besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.Jika kita percaya kepada kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi semua agama. Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai.Sebelum kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini. Selain itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti kali ini.Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra.

SUMBER: http://www.malaysiakini.com/columns/90290 must turun 27 Sept 08

Masa untuk senada

Oleh AHMAD ZAKI HASAN


Wujud tanggapan bahawa perpecahan orang Melayu sehingga menampakkan kelemahan adalah sesuatu yang berlaku secara berkala. Dengan kata lain, ada masanya Melayu dilihat begitu kuat dan ada kalanya pula ikatan kekuatan itu mudah longgar.

Dalam situasi yang dihadapi sekarang ramai percaya akan tiba waktunya perpaduan Melayu akan kembali utuh. Kali ini dengan momentum yang lebih besar akibat desakan melampau yang secara jelas mempertikaikan hak keistimewaan Melayu serta melanggar prinsip kontrak sosial yang sudah lama disepakati.

Persoalannya, bilakah masanya Melayu akan bersatu (dengan kekuatan sebenar) semula? Bagaimana ia akan berlaku? Kenapa ia perlu menunggu masa yang sesuai? Kenapa tidak Melayu itu sentiasa bersatu sejak dari dulu dan selamanya? Apakah boleh Melayu zaman ini mempunyai harapan untuk kembali bersatu? Apa pula petunjuk yang akan merealisasikan hasrat tersebut? Jawapan kepada semua persoalan ini terletak kepada pembaca tulisan ini.

Persepakatan Melayu mempunyai pengalaman yang berliku. Sejarah perpaduan Melayu menyaksikan persefahaman yang berlaku satu ketika dahulu cukup kuat. Walaupun dalam ruang ru- mah politik yang berlainan tetapi nada yang dilontarkan terhadap perkara yang berhubung dengan kepentingan Melayu cukup jelas, kemas dan sepakat. Langsung tiada rasa was-was atau cuba untuk meraih kepentingan sendiri.

Kesepakatan Melayu secara keseluruhan dapat dilihat sewaktu bersama menuntut kemerdekaan negara. Orang Melayu ketika itu bagaikan hanya memiliki 'satu hati' untuk mencapai matlamat tersebut. Malahan orang Melayu telah membuktikan bahawa mereka sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan dalam bentuk memberikan hak dan peluang kepada kaum yang bukan penduduk asal di dalam negara ini berkongsi negara dengan mereka. Merantaulah ke seluruh pelosok dunia pasti tak tercari bandingannya terhadap nilai 'pemberian' Melayu ini.

Atas dasar ini, maka tidak hairanlah satu ketika dahulu Tun Tan Siew Sin pernah mengatakan toleransi orang Melayu ini merupakan sesuatu yang perlu sentiasa dikenang dan kaum Cina tidak mampu untuk meminta lebih dari itu.

Malangnya, terdapat juga suara kecil yang mengkritik 'pemberian' ini dan menganggap pemimpin Melayu bertindak bodoh. Tapi 'kebodohan' inilah yang menjamin mulut yang mengkritik serta keluarga mereka dapat merasai nikmat kemerdekaan dan keamanan hingga ke hari ini. Mereka wajar sedar bahawa tidak ada negara yang tidak merdeka ketika itu mampu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat apatah lagi untuk melaksanakan tugas-tugas kebajikan.
Keupayaan

Namun, falsafah sebenar 'pemberian' Melayu ketika itu amat jarang diperkatakan iaitu sebagai satu bukti bahawa orang Melayu mempunyai keupayaan untuk menjaga kebajikan kaum lain. Inilah syarat utama yang diletakkan British jika Tanah Melayu ingin merdeka lebih 50 tahun yang lalu. Sejarah telah menyaksikan British akhirnya mengakui keupayaan Melayu untuk menjaga kebajikan kaum lain yang menjadi pemastautin di negara ini terutama kaum Cina dan India.

Sejarah juga telah melakarkan kita berjaya mengalahkan British yang pernah menang di dalam perang dunia ke-2. Tiada siapa yang berani melawan British ketika itu tetapi pada tahun 1957 pemimpin Melayu berjaya menewaskan mereka dengan hanya satu kekuatan iaitu kekuatan perpaduan.

Persepakatan Melayu yang kental, sekali lagi dapat dilihat pada tahun 1974. Ini berikutan setelah berlakunya peristiwa konfrantasi dan tragedi 13 Mei. Ke- sepakatan Melayu atas prinsip kerjasama ditonjolkan di dalam pilihan raya umum 1974. Satu kejutan (sebenarnya satu rahmat) apabila di dalam pilihan raya 1974, Pas membuat keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Hasilnya, UMNO bertanding 61 kerusi dan menang 61 kerusi. Pas pula bertanding 14 kerusi dan menang juga 14 kerusi. Apakah maknanya kemenangan sebegini terhadap penyatuan Melayu? Sekali lagi pembaca budiman perlu menilainya. Dalam hal ini, siapa kata Pas tidak sanggup berkorban untuk Melayu? Bahkan tindakan Pas ketika inilah menjadikan semangat Melayu semakin kental. Walaupun cerita ini cerita 34 tahun yang lalu tetapi pengorbanan Pas di waktu itu wajar dihargai. Namun alangkah baiknya jika semangat Pas seperti ini terus hidup. Untuk melihat Pas menyertai BN semula mungkin sukar walaupun tidak mustahil berlaku. Tetapi untuk Pas meneruskan perjuangan dan meraih sokongan yang lebih besar wajar diusahakan. Itu lebih baik daripada Pas terikut dengan rentak politik 'merbahaya' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malang juga kerana sekarang ini sudah kelihatan seorang dua pemimpin kanan Pas mudah goyah dengan permainan po- litik kotor PKR. Mustahil kepada Pas untuk tidak memahami perjuangan sebenar PKR. Pas bukanlah sebuah parti baru yang masih perlu ditunjuk ajar. Jika Pas mahu mengekalkan pengaruh tradisinya sewajarnya mereka mengenepikan cara politik yang dibawa pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pas pastinya jelas bahawa menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui jalan belakang adalah saluran yang tidak demokratik. Bahkan satu perbuatan yang tidak bertamadun. Mahukah nanti Pas ingin turut sama digelar 'Bapa Kemusnahan Demokrasi Malaysia'?

Walaupun PAS kini mewakili pembangkang namun alangkah baiknya jika Pas memegang prinsip sendiri serta turut memainkan peranan sebagai 'penjaga' demokrasi negara. Inilah juga masanya bagi Pas untuk merebut peluang bagi menyakinkan seluruh rakyat bahawa mereka juga mampu mentadbir negara sebagaimana UMNO (BN) lakukan sebelum ini. Pas hanya perlu menunggu masa dan peluang.

Bertindak
Kenapa tiba-tiba harapan ini disandarkan kepada Pas? Jawapannya terang lagi bersuluh kerana dalam pada kepentingan Melayu dipertikaikan secara terbuka, UMNO yang selama ini diharapkan tidak mampu untuk bertindak segera. Sebaliknya UMNO dilihat lebih berminat menumpukan usaha untuk merebut jawatan.

Kenyataan ini wajar dibaca secara positif. Tidak mustahil orang Melayu akan sepakat mengharapkan Pas jika UMNO terus leka dengan perebutan dalaman yang tiada penghujung. Jika UMNO ikhlas mereka perlu mengiktiraf pemimpin sedia ada, eratkan persefahaman serta mengenepikan soal pangkat dan jawatan. Kalau ini tidak berlaku, UMNO bakal meniti hari kemusnahan.

Harapan kepada PKR tentulah jauh sekali kerana pendekatan yang dibawa jelas menyimpang daripada prinsip murni demokrasi. Hanya segelintir sahaja yang terpesona. Mahukah kita membenarkan PKR berjaya menanam 'benih songsang' terhadap demokrasi negara?
Perjuangan yang berlandaskan dendam kesumat. Perjuangan seperti ini wajar kita orang Melayu tolak sama sekali tanpa perlu berfikir panjang.

Dalam menghadapi apa yang sedang berlaku maka sewajarnya kita memilih untuk memikirkan yang terbaik. Berfikirlah untuk kemajuan agama, bangsa dan negara. Masa ini bukannya masa untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih. Lebih penting, masa ini adalah masa untuk kita senada, seia dan sekata.


SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 27 September 2008 / 27 Ramadan 1429

Tuesday, 23 September 2008

Membuang sikap prejudis

Oleh SAPORA SIPON
23 September 2008 / 23 Ramadan 1429
DALAM membicarakan cadangan Akta Hubungan Kaum, pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira termasuk yang mengatakan secanggih mana pun akta yang dilaksanakan kelak belum tentu mampu mengukuhkan perpaduan serta kesepakatan di kalangan rakyat.
Ini kerana selagi elemen-elemen asas seperti perasaan curiga sesama kaum, tiada keikhlasan dan menghormati hak serta privasi sesama kaum serta tiada perubahan sikap dan minda di kalangan setiap seorang rakyat Malaysia untuk hidup bersatu padu, maka selama itulah akan menggagalkan usaha serta kerja keras pakar undang-undang untuk menggubal Akta Hubungan Kaum itu.
Dalam menghuraikan mengenai masalah keretakan hubungan kaum, etnik atau kelompok, satu sikap yang dilihat amat berperanan ialah sikap prejudis dan diskriminasi. Sikap prejudis dan diskriminasi kepada perkauman, etnik dan agama sudah berlanjutan wujud dalam konteks dunia dan malang sekali ia seringkali diterjemahkan dalam keadaan yang menyedihkan.
Banyak buku yang membicarakan mengenai sikap prejudis dan diskriminasi seperti Social Psychology of Prejudis oleh Melinda Jones, Understanding Prejudice and Discrimination oleh Scott Plous dan The Nature of Prejudice: 25th Anniversary Edition oleh Gordon W. Allport.
Buku Social Psychology of Prejudice membincangkan pelbagai teori prejudis serta meneroka proses psikologikal yang biasa dilalui dalam membentuk pelbagai bentuk sikap prejudis seperti stereotaip dan mekanisme kognitif. Buku ini juga membincangkan isu perhubungan dalam dan antara kelompok serta identiti sosial sebagai sumber-sumber prejudis.
Fokus buku ini tidak ketinggalan memberi perhatian bagaimana individu boleh berdaya tindak ke atas sikap prejudis dan bagaimana prejudis memberi kesan kepada identiti dan maruah diri seseorang. Kaedah mengurangkan sikap prejudis juga turut dibincangkan dalam buku ini.
Masalah keretakan hubungan kaum, etnik, kelompok serta konflik dalam kumpulan dan keganasan berlaku di banyak tempat. Di awal 1990-an, pembersihan etnik berlaku di Kosovo di mana kaum Serbia mencetuskan peperangan ke atas etnik Albania. Pembunuhan berlaku berleluasa dan memaksa begitu ramai penduduk Albania meninggalkan rumah mereka. Di Rwanda, dianggarkan seramai 800,000 Tutsis dibunuh secara terancang oleh kaum Hutus pada tahun 1994.
Publisiti
Di Amerika Syarikat pula, jenayah yang melibatkan kebencian etnik berlaku secara berleluasa. Kebanyakan daripada kejadian adalah kes-kes yang melibatkan ahli kumpulan majoriti menyerang ahli kumpulan minoriti dan sebaliknya. Satu contoh kejadian yang mendapat publisiti meluas ialah pada Jun 1998, James Byrd Jr, seorang berkulit hitam telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri oleh 3 orang kulit putih. Beliau kemudiannya dirantai di sebuah trak dan diseret sehingga mengakibatkan kematiannya.
Pada Julai 1999, sekumpulan orang kulit putih telah menembak Woo Joon Yoon, seorang pelajar dari Korea di Indiana University di luar sebuah gereja di Bloomington. Pada Ogos 1999, Buford O Furrow telah melepaskan tembakan di Pusat Komuniti Yahudi dan mencederakan lima orang. Beliau kemudiannya memberitahu bahawa beliau bertindak sebagai satu "panggilan" kepada rakyat Amerika untuk membunuh orang Yahudi. Seorang kulit hitam pula telah mengamuk dan membunuh 3 orang kulit putih dan mencederakan dua yang lain di Wilknsbury Pennsylvania.
Kejadian-kejadian seperti di atas menunjukkan peringatan tragis bahawa sikap prejudis yang didasarkan kepada perkauman, etnik dan agama berlanjutan wujud dan sering dimanifestasikan dalam bentuk yang berbahaya dan tragis sekali.
Persoalannya ialah apakah yang menyumbang kepada perasaan benci, curiga dan prejudis? Apakah ciri individu yang menyumbang kepada sikap prejudis ini. Soalan yang paling penting ialah, apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan perasaan prejudis? Kesemuanya ini ada dijelaskan dalam buku Social Psychology of Prejudice.
Sikap prejudis seringkali melibatkan sikap individu kepada individu atau kelompok yang berlainan dari segi agama, etnik, jantina dan orientasi seksual. Ia adalah tindakan menghukum atau menilai tanpa bukti dan selalu didasarkan atas persepsi yang telah dibina terlebih awal. Kesan sikap prejudis di tahap individu boleh merosakkan sesuatu perhubungan manakala dalam skala yang lebih besar, ia boleh melibatkan keganasan dan peperangan. Tentu sekali sikap prejudis ini perlu dielakkan.
Beberapa langkah dilihat boleh membantu mengurangkan sikap prejudis dan diskriminasi. Langkah pertama ialah kita perlu kenal individu lain atas dasar peribadi sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyukai mereka. Kita tidak akan menyukai semua orang tetapi perlu menghormati orang lain sebagai seorang individu dan meluangkan masa bersama-sama mereka sebelum membuat sebarang hukuman atau penilaian.
Kita perlu menyedari banyak cara sesuatu perkara boleh dilakukan.
Dalam langkah kedua, sikap prejudis boleh diatasi dengan melayan orang sebagaimana kita ingin orang melayan kita. Kita perlu berfikir bagaimana perasaan jika dilayan atas tindakan kita dan melihat sesuatu tindakan dari perspektif yang berbeza.
Langkah ketiga ialah kita perlu belajar mengenai budaya yang berbeza dan memahami perbezaan antara diri dengan orang lain. Pendidikan membolehkan kita membezakan sesuatu yang bersifat realiti dengan mitos. Semakin banyak kita belajar, semakin baik kita dapat menghubungkan diri dengan orang lain.
Langkah keempat ialah menghormati perbezaan yang wujud. Manusia perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Walaupun kita tidak menyukai orang lain, kita masih boleh menghormati pandangan mereka dan mesti menghargai hak mereka untuk membuat pilihan
Cadangan untuk mewujudkan Akta Hubungan Kaum amat perlu disokong untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan harmoni.
Elemen-elemen asas seperti membuang sikap prejudis dan perasaan curiga sesama kaum, keikhlasan dan menghormati hak serta privasi sesama kaum perlu wujud dalam menjadikan Akta Hubungan Kaum ini satu kejayaan.
Sumber: UTUSAN MALAYSIA (rencana)

Sunday, 21 September 2008

Fahami asas hubungan kaum

Oleh ANUAR AHMAD

SEPANJANG minggu lepas seluruh negara heboh dengan cadangan Akta Hubungan Kaum yang diutarakan oleh pihak kerajaan. Sejurus selepas itu, ada pihak yang mempertikaikannya tetapi lebih ramai yang menerima cadangan tersebut dengan hati yang terbuka.
Oleh kerana proses cadangan ini baru di peringkat awal, ada baiknya seluruh rakyat diberikan peluang untuk memberikan pandangan serta respons secukupnya untuk pertimbangan pihak kerajaan.
Bagaimanapun, pengenalan akta ini menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan selama ini bagi meningkatkan hubungan kaum jelas tidak begitu berjaya seperti yang diharapkan. Maka demi mengawal keadaan supaya menjadi lebih terkawal, maka cadangan akta ini diperkenalkan.
Senario hubungan kaum di Malaysia akhir-akhir ini memerlukan lebih banyak kajian secara mendalam dilakukan untuk memahami isu sebenarnya. Buat masa ini, penulis sedang menjalankan kajian berkaitan hubungan kaum di peringkat doktor falsafah di salah sebuah universiti tempatan. Sepanjang dua tahun lalu, penulis berpeluang meneliti secara mendalam banyak laporan penyelidikan serta pandangan para ahli akademik dan penyelidik berkaitan hubungan kaum di luar dan dalam negara.
Berbagai teori sempat penulis teliti dan fahami untuk digunakan dan disesuaikan dengan senario hubungan kaum di Malaysia. Walaupun masih dalam pengkajian, ada beberapa perkara menarik yang penulis ingin kongsi dengan para pembaca khususnya berkaitan perkara-perkara asas-asas yang perlu diterima dalam membina hubungan etnik di Malaysia.
Terdapat dua perkara utama yang perlu diteliti dan terbukti menjadi asas kepada pembinaan hubungan kaum di Malaysia. Pertama, selama 60 tahun lalu sejak Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 1948, hubungan kaum di Malaysia diuruskan sepenuhnya melalui pengalaman politik. Semua usaha berkaitan hubungan kaum ditentukan oleh para pemimpin politik secara perundingan atau pengagihan kuota dan kuasa. Selama itu juga ahli politik khususnya melalui Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh rakyat untuk memastikan perpaduan kaum berada di dalam keadaan yang terkawal dan muhibah.
Malah rakyat juga sudah percaya bahawa kejayaan perhubungan kaum di Malaysia tidak dapat tidak mesti diuruskan melalui kuasa politik dan perlu terus kekal begitu sampai bila-bila pun. Bagaimanapun, peristiwa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah banyak mengubah persepsi ini. Hubungan kaum nampaknya terganggu akibat tsunami politik yang melanda Barisan Nasional.
Kontroversi
Malah pergolakan serta kontroversi politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini sebenarnya membuktikan politik semata-mata tidak mampu menguruskan hubungan kaum dan perlunya paradigma lain seperti penglibatan segmen sosial dan mungkin agama untuk membantu menguruskan hubungan kaum pada masa depan. Malah di dalam beberapa hal.
Apa yang baru berlaku menyebabkan hubungan kaum menjadi semakin tegang adalah berpunca daripada provokasi yang ditimbulkan oleh kalangan ahli politik sendiri yang cuba menjadi pejuang kepada kumpulan etnik masing-masing.
Kedua, sektor pendidikan yang dipertanggungjawab mengurus perpaduan kaum juga nampaknya belum lagi berhasil membina generasi yang menjulang kepentingan hubungan kaum sebagai keutamaan melebihi kepentingan kumpulan etnik masing-masing. Walaupun pendidikan negara boleh diacuankan untuk menjayakan perpaduan kaum seperti yang telah berjaya dilakukan di beberapa buah negara maju dan Scandinavia, acuan pendidikan kebangsaan untuk perpaduan kaum di negara ini jelas tidak begitu berhasil sepenuhnya.
Selain pendidikan sistem vernakular yang terus menerus mengukuhkan persempadanan identiti kumpulan etnik, kurikulum kebangsaan juga gagal mengukuhkan konsep Bangsa Malaysia yang sepatutnya dijayakan sepenuhnya 12 tahun lagi apabila Wawasan 20202 tamat sepenuhnya. Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) oleh pihak kementerian Pelajaran serta program RIMUP juga belum menampakkan bahawa perhubungan kaum dapat dijayakan sepenuhnya. Sebagai contoh, pertikaian berkaitan sejarah kontrak sosial yang dianggap sebagai asas perhubungan kaum tidak begitu dihayati oleh para generasi baru. Berbagai tekanan dan tuntutan dikemukakan untuk mengkaji semula kontrak sosial. Rakyat umum mula berminat dengan desakan ini turut memberikan sokongan mereka tanpa maklumat yang lengkap dan jelas.
Akibatnya mereka mudah terikut serta terperangkap dengan laungan-laungan keras oleh para pimpinan politik yang yang menuntut kontrak sosial ini dimansuhkan. Kontrak sosial yang secara jelas telah terkandung di dalam perlembagaan negara khususnya berkaitan kedaulatan Bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu serta pemberian Hak Kerakyatan telah dipersetujui bersama dan menjamin keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.
Di dalam bilik darjah pula, peranan matapelajaran sejarah juga tidak begitu berjaya dan harus disemak semula. Penekanan seharusnya diberikan kepada soal perhubungan kaum lebih dari semata-mata memberikan maklumat sejarah kepada para pelajar. Tidak ada gunanya ilmu sejarah bertimbun timbun dihafal tetapi para pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menganalisis maklumat serta mendapat kesedaran berkaitan budaya dan sejarah kumpulan etnik lain.
Pemerhatian dan penelitian yang sempat dilakukan oleh penulis menunjukkan kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan hubungan kaum mestilah dilakukan melalui pendekatan mikro yang selama ini dipinggirkan. Sebagai contoh, kegagalan sekolah wawasan bukanlah sepenuhnya kerana tiada usaha oleh pihak kementerian Pelajaran tetapi penelitian yang dilakukan di sekolah menunjukkan bahawa para pelajar sebenarnya secara individu belum bersedia untuk berinteraksi dengan kumpulan etnik berbeza walaupun berasa di dalam ruang yang sama.
Program-program yang dirancangkan oleh pihak sekolah walaupun dilakukan secara menyeluruh tetapi pelajar masih berasa selesa untuk menjalankan aktiviti dan memilih untuk hanya berada di dalam kumpulan etnik masing-masing. Oleh itu, pendekatan ke arah meningkat komunikasi serta interaksi sosial secara mikro di kalangan pelajar mestilah dilakukan secara semulajadi dan bukannya dibuat-buat yang biasanya tidak mendapat perhatian para pelajar.
Pengenalan kepada akta hubungan kaum boleh dilaksanakan dengan syarat semua kaum bersetuju dan terdapat tiga perkara yang menjadi asas kepada pembinaan hubungan kaum di Malaysia.
Pertama, semua pihak bersedia menerima kontrak sosial sebagai mana yang telah dipersetujui oleh para pimpinan terdahulu terutamanya di awal kemerdekaan. Kedua, sistem pendidikan harus membuka jalan ke arah meningkatkan lagi maklumat berkaitan sejarah dan budaya semua etnik supaya setiap pelajar akan memahami serta mempunyai maklumat tentang kaum lain secara menyeluruh dan ketiga perlunya satu mekanisme yang dapat mendidik dan membentuk rakyat supaya membenci mana-mana kumpulan sama ada ahli politik, NGO atau orang perseorangan yang menggunakan provokasi kaum untuk mendapat sokongan serta meningkatkan populariti.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 22 September 2008 / 22 Ramadan 1429

Saturday, 20 September 2008

Memelihara hubungan etnik, agama

JAWAPAN: Saya berterima kasih atas ziarah anda dan rakan-rakan ke rumah saya untuk bertanyakan mengenai perkara ini baru-baru ini. Walaupun saya sudah menjawabnya secara lisan, saya ulangi pula dalam tulisan ini supaya dapat dimanfaatkan oleh para pembaca Mingguan Malaysia.
Agama tidak sama sekali menghalang hubungan baik di antara etnik dan agama. Malah Islam mengiktiraf akan kepelbagaian dalam beragama, kepelbagaian bangsa, warna kulit dan bahasa malah adat resam yang berbeza.
"Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkabilah untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain" (Surah al-Hujurat).
Hanya dari segi iman dan ibadat, Islam mengatakan "Bagi kamu agama kamu dan bagi-Ku agama-Ku". Maknanya tiada kompromi untuk campur ibadat atau berkongsi keimanan. Ada agama seperti Islam berpegang kepada tauhid (Tuhan Esa), ada mereka yang percaya dua tuhan dan tiga tuhan, malah ada agama yang banyak tuhan. Tetapi kesemua agama menolak mereka yang tidak bertuhan.
Adapun bagi kehidupan yang harmonis, Islam memberi kebebasan sesiapa memilih agama mereka. "Tidak ada paksaan dalam agama". Bukan kerana mengiktiraf semua agama, tetapi kerana yang benar itu sudah nyata, yang palsu pun nyata, apabila manusia menekuni benar-benar agama yang mereka anuti.
Sebahagian agama daripada wahyu seperti Islam, Kristian juga dan Yahudi di wahyukan tetapi pendita mereka yang sudah menyelewengkannya. Namun Islam mengiktiraf agama masing-masing dan mengajar umat Islam agar hidup berbaik-baik dan berbaik sangka.
Islam berakar kata daripada "salam" ertinya sejahtera dan damai. Damai dalam diri kerana Tuhan hanya satu. Satu memberi arah petunjuk dan fokus yang satu dalam hidup; mencapai keredaan-Nya jua. Apa pun yang dilakukan dari bangun pagi sampai tidur semula malam hari, tiada tujuan lain hanya mencari keredaan Allah. Justeru itu, bekerja dengan kerja yang baik, bercakap dan menulis perkara baik-baik, jadi orang politik yang baik, wartawan yang baik, rakyat dan raja yang baik. Baik dapat syurga dan jahat dapat neraka dan azab sangsara.
Justeru itu dalam hubungan dengan bangsa dan agama lain juga, Islam mengajar kerahmatan dan keharmonian. Perdamaian menjadi asas dan perbalahan serta peperangan hanya berlaku kerana adanya pencerobohan terhadap maruah umat Islam; harta mereka, tanah air mereka malah harta benda mereka.
Islam membenci mereka yang menjajah dan menzalimi pihak lain. Oleh sebab itu apabila umat Islam dijajah mereka bangkit mencari kebebasan dan mempertahankan kemerdekaan mereka. Sejarah perang Salib menyaksikan umat Islam tidak berhenti berperang kerana kekejaman musuh.
Di Malaysia, selepas kemerdekaan 1957 kita diajak dan diseru agar berbaik- baik dan berdamai. Umat Islam dengan rela hati memberi kerakyatan kepada kaum pendatang pada masa itu atas nama "membangunkan negara".
Kedamaian
Jika kita mahu meneruskan kedamaian ini, maka seharusnya kita berbaik sangka dan benar-benar menjaga perpaduan bukan dengan kata-kata tetapi amalan. Saya dahulu pun banyak prejudis kepada orang bukan Islam, kerana ada tindak tanduk mereka yang agak mencurigakan. Tetapi pengalaman berjiran dengan mereka di bandar, saya merasakan tidak semua mereka yang berlainan bangsa dan agama itu semuanya ada agenda sendiri.
Dua buah rumah di kanan rumah saya sebagai contoh jiran yang baik. Begitu juga di kiri rumah saya, rumah jiran Cina yang baik. Setelah dua puluh tahun bersama tidak ada perbalahan antara kami. Semua selesa dengan keadaan masing-masing. Begitu juga dalam kelompok politik, organisasi dan seumpamanya. Jika dibukti dengan perbuatan mahu pun polisi yang tidak berniat jahat akan melahirkan masyarakat yang harmonis.
Pada pendapat saya, yang menjadi masalah kelam kabut adalah kerana ahli-ahli politik ekstrem yang cuba mengaut keuntungan atau menangguk di air keruh sehingga menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain. Justeru itu, penghormatan masyarakat kepada orang politik pada masa ini sudah semakin terhakis oleh kerana sikap mereka yang suka mengadu-domba antara berbagai-bagai pihak, atau bermain politik sempit, atau menjadi pemimpin yang berfikiran sempit dan tidak berlapang dada.
Sekali lagi saya menegaskan di sini, tidak ada ajaran mana-mana agama yang menyokong keganasan, kezaliman dan penindasan. Hanya mereka yang ada agenda politik seperti Zionisme yang ingin menakluk dunia menyebabkan dunia jadi huru-hara. Justeru ada Kristian melampau di Amerika yang menyebabkan Iraq dizalimi dan ada golongan radikal Islam yang menimbulkan keganasan kerana tidak tahan melihat umat Islam diperkosa di sana sini.
Insya-Allah sempena bulan baik Ramadan al-Mubarak ini,semua pihak mengambil jalan selamat untuk menyelamatkan umat, bangsa dan negara daripada tercetus perbalahan dan percakaran. Kembalilah kepada akal budi yang tinggi dan serahkan kepada Allah menentukan segalanya. Kita hanya berikhtiar. Hanya Allah jua yang menentukan selepas kita berikhtiar. Wallahualam.

Utusan Malaysia 21 September 2008 / 21 Ramadan 1429

Antara maruah dan kuasa

Oleh Zulkiflee Bakar

Sejak kebelakangan ini seolah-olah terdapat satu gerakan terancang untuk memastikan mana-mana juga pihak yang cuba memperjuang atau mempertahankan institusi Melayu akan diserang habis-habisan.
Kelompok berkenaan akan dianggap perkauman dan lebih buruk lagi ada antaranya terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang yang dilihat seolah-olah cuba 'membisukan' mereka.
Akibatnya, bercakap soal kepentingan dan hak istimewa orang Melayu serta agama Islam seolah-olah satu dosa dan mereka yang terlibat perlu dihukum.
Tetapi hakikatnya, kita harus sedar apa yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan adalah satu strategi terancang untuk memastikan institusi-institusi Melayu terus diganggu gugat.
Keadaan ini samalah seperti di Singapura yang akhirnya Melayu tidak berupaya mempertahankan hatta adat resam mereka sendiri. Semua itu berlaku kerana orang Melayu telah 'diracuni' dengan pemahaman bahawa seandainya bercakap soal kepentingan mereka ia adalah satu perkauman.
Namun kalau dilihat terdapat puak-puak yang lebih perkauman daripada orang Melayu tetapi tidak pernah dianggap bersikap demikian. Malah kalau kita mengkaji blog-blog pembangkang mereka membangkitkan soal-soal yang lebih sensitif dan berbau perkauman.
Tetapi itu tidak pula dianggap perkauman sebaliknya akan disifatkan oleh pihak-pihak yang menyokong mereka termasuk di kalangan sesetengah pemimpin Melayu sendiri bahawa ia kebebasan bersuara. Apa yang paling memualkan ada di kalangan pemimpin yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam turut mengikut rentak berkenaan.
Kononnya atas dasar memperjuangkan kesamarataan dan keadilan maka mana-mana pihak tidak harus membangkitkan soal hak-hak orang Melayu dan institusinya.
Mengulas perkara ini, Pensyarah Kanan politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak berkata, mana-mana pihak yang memperjuangkan identiti dan institusi bangsanya tidak boleh dianggap perkauman.
Katanya, semua kaum mempunyai identiti tersendiri dan mereka akan cuba mempertahankannya sedaya upaya.
''Contohnya orang Cina mereka pastikan akan mempertahankan tiga identiti penting kaum tersebut iaitu pertubuhan Cina, pendidikan Cina dan media Cina.
''Oleh itu tindakan tersebut tidak boleh dianggap perkauman, begitu juga apabila orang Melayu mempertahankan identiti mereka,'' katanya ketika dihubungi.
Diakui
Walaupun fakta ini diakui oleh semua pihak terutamanya parti pembangkang namun mereka sengaja melupakannya.
Malah mereka cuba memastikan pihak-pihak yang memperjuangkan identiti atau institusi Melayu ini 'tidak hidup selesa', sedikit sahaja suara dilahirkan maka meraunglah mereka menuduh bahawa pihak itu atau pihak ini mengamalkan perkauman.
Apa yang malang, pandangan songsang itu turut disokong oleh pemimpin- pemimpin politik Melayu yang bukan sahaja bersengkongkol dengan puak tersebut malah mereka sendiri bertanggungjawab mengatur strategi bagi menggugat institusi Melayu.
''Orang Melayu perlu faham bahawa apa pun berlaku mereka harus mempertahankan jati diri. Tidak adalah masalah untuk mencapai permodenan tetapi dalam masa yang sama jati diri jangan dilupakan,'' kata Mohamed Mustafa.
Berdasarkan hakikat itu, beliau turut membidas sikap sesetengah pemimpin Melayu yang sanggup mengorbankan sesetengah perkara berkaitan dengan jati diri orang Melayu semata-mata untuk mengejar kemajuan.
''Kita tidak mahu suatu hari kelak orang Melayu menjadi bangsa Creole - satu puak di Afrika yang sudah kehilangan identiti bangsa mereka,'' katanya.
Selain itu, Dr. Mohamed Mustafa berharap masyarakat Malaysia terutama generasi baru perlu memahami bahawa Malaysia bukan bermula pada tahun 1963 atau ketika 1957 tetapi Malaysia sudah bermula ratusan tahun lalu.
''Sebab itulah saya hairan kenapa soal tulisan Jawi di papan tanda jalan perlu menjadi isu, ia sebenarnya sudah menjadi identiti negara ini sejak berpuluh- puluh tahun lalu,'' katanya.
Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin Melayu yang bersengkongkol dengan pihak yang ingin 'memusnahkan' institusi Melayu ini memahami keadaan tersebut? Dan adakah mereka faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan mampu menggugat nasib anak cucu kita di masa depan?
Berdasarkan hakikat itu, Dr. Mohamed Mustafa turut membidas pihak tertentu yang memboikot mana-mana pihak yang memperjuangkan Melayu termasuk pemulauan ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana dianggap rasis.
''Kalau itulah pemahaman mereka, bagaimana dengan akhbar Cina, tidakkah ia juga rasis kerana mereka turut memaparkan kepentingan masyarakat itu,'' katanya.
Malah kata beliau berbanding dengan Utusan Malaysia, akhbar Cina sepatutnya boleh diragui kerana ramai rakyat negara ini tidak boleh membacanya.
''Jadi adalah lebih baik jika kita tidak menuduh mana-mana akhbar berbentuk perkauman,'' katanya.
Ketika berbual politik dengan seorang pemimpin kanan UMNO, di Shah Alam baru-baru ini, beliau melahirkan rasa bimbang dengan kedudukan orang Melayu sekarang.
Katanya, orang Melayu seolah-olah tidak bertaring lagi sehingga ada pihak yang sanggup mempersoalkan hak-hak mereka. Malah kata beliau, dalam keadaan tertentu orang Melayu bagaikan ditekan untuk membuat keputusan demi memuaskan hati pihak lain, jika tidak kuasa politik mereka akan tergugat.
''Dalam situasi itu kita berada di persimpangan iaitu antara kuasa dan maruah, semua ini terjadi kerana ada orang Melayu yang masih belum sedar bahawa mereka kini semakin diperlekehkan,'' katanya.
Atas sebab itu kata beliau, orang Melayu tidak boleh terlalu mudah bersubahat dengan kelompok yang mempunyai hasrat menganggu gugat institusi-institusi Melayu ini.
Katanya, puak-puak berkenaan melakukan tindakan secara senyap dan berjaya mempengaruhi orang Melayu menyokong mereka melalui hujah-hujah politik yang disampaikan.
Sedar
Justeru kata beliau, UMNO perlu sedar terhadap ancaman ini bukannya terus berebut jawatan sesama mereka.
Malah beliau berkata, dalam menentukan pemimpin dalam pemilihan pada Disember ini, ahli UMNO perlu memastikan mereka memilih pemimpin yang berprinsip dan hipokrit dalam perjuangan.
''Kita bimbang kalau pemimpin hipokrit yang dipilih, perjuangan untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu termasuklah institusinya tidak akan ke mana,'' kata beliau.
Namun apa pun keadaannya, tanpa berhasrat mencetuskan sebarang sentimen perkauman, orang Melayu perlu diingatkan tentang bahaya yang sedang menanti mereka. Pemimpin-pemimpin politik Melayu tertentu tidak harus mengorbankan kepentingan dan maruah bangsa semata-mata demi meraih kuasa politik.
Mereka tidak harus menganggap orang yang dikenakan tindakan undang- undang kerana cuba menghina dan menganggu gugat institusi orang Melayu dan Islam seolah-olah seperti wira.
Apa pun keadaannya, adalah diharapkan orang Melayu akan memahami situasi yang sedang mereka hadapi.
Mereka tidak harus leka dengan mengejar kuasa politik sehingga terlupa ancaman yang sedang menanti. Selain itu mereka juga tidak harus takut mempertahankan apa yang dianggap hak mereka asalkan tindakan berkenaan tidak menggugat kaum-kaum lain.
Ingatlah Malaysia mencapai kemerdekaan dengan perpaduan yang dicapai oleh semua kaum tetapi asas kewujudannya yang bermula dengan Tanah Melayu beratus tahun lalu sebelum kedatangan Portugis tidak harus dilupakan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 21 September 2008 / 21 Ramadan 1429

Pertahan Perkara 153

Perkembangan politik negara selepas pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan pelbagai perkara yang sepatutnya tidak menjadi pertikaian kini mula dipersoalkan. Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran pihak tertentu terutama parti pembangkang dalam usaha kononnya untuk mewujudkan kesamarataan antara kaum di negara ini.

Akibatnya, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mula menjadi sasaran serangan, malah demi kepentingan politik, parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus melakukan tindakan yang cenderung ke arah menggugat apa yang sudah ditentukan oleh Perlembagaan. Antara yang paling menjadi sasaran ialah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kononnya atas prinsip untuk menegakkan kesamarataan dan keadilan, peruntukan ini cuba diganggu gugat. Tanpa mahu menoleh kepada sejarah pahit getir mewujudkan Perkara 153, desakan terus ditujukan seolah-olah mahu menjadikan peruntukan ini hanya menjadi catatan sejarah.
Justeru dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR, Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengingatkan, Perkara 153 bukan sebarangan peruntukan dalam Perlembagaan malah ia menjadi tonggak utama dalam penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Justeru tegas beliau sebarang usaha untuk menghapuskan DEB sama seperti ‘membunuh’ Perkara 153 yang memberi peruntukan istimewa kepada orang Melayu.

Berdasarkan hakikat itu, dalam pertemuan yang sebahagian hujah beliau berkisar kepada rentetan sejarah terhadap cabaran mempertahankan Perkara 153 melalui semangat DEB, bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO tersebut mengingatkan orang Melayu bahawa penghapusan DEB dan Perkara 153 adalah sebahagian usaha untuk menjadikan negara ini sebuah republik. Usaha ini ada kaitannya dengan konsep Malaysian Malaysia.

Mingguan: Apa kaitan perjuangan untuk menegakkan DEB dalam hubungannya dengan kewujudan peruntukan 153 dalam Perlembagaan?ABDUL RAHIM: Sebagaimana kita maklum penggubalan DEB dicetuskan di era Almarhum Tunku Abdul Rahman. Ini adalah satu permulaan perjuangan ekonomi bangsa setelah 450 tahun di dalam sejarah ketamadunan Melaka.
Melaka pada masa itu merupakan satu tamadun Melayu yang amat cemerlang. Ia adalah usaha bagi menterjemahkan satu kehebatan Melayu menjadi tamadun yang diiktiraf oleh ahli-ahli sejarah dunia. Perjuangan ekonomi di Melaka bermula apabila orang Melayu menunjukkan kebolehan dengan mentransformasikan sebuah kampung nelayan yang kecil di muara Sungai Melaka menjadi satu bandar kemakmuran yang mampu menarik pelabur-pelabur di rantau ini dan luar sehingga ke Timur Tengah.
Tidak mungkin orang Melayu dapat menjadikan Melaka sebagai satu kuasa penakluk dan pusat ilmu kecuali kebolehan orang Melayu mengeluarkan pemimpin, pengurus dan pekerja yang baik - inilah yang menyusun sesebuah tamadun.
Apabila kita kalah kepada Portugis pada 1511, kita lihat orang Melayu mula dipinggirkan dengan tinggal di kampung-kampung dan bergelumang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif.
Oleh kerana ketika itu kita mengamalkan sistem feudal orang Melayu tidak mampu produktif kerana hasil mereka akan diberikan separuh kepada raja dan juga orang-orang besar. Akibatnya orang Melayu hidup dalam keadaan daif, miskin, papa dan kedana.
Hanya pada zaman Allahyarham Tun Razak Hussein, penggubalan terhadap DEB dibuat atas kefahaman bahawa adanya Perkara 153 dalam Perlembagaan yang memberikan hak istimewa orang Melayu. Peruntukan itu termasuklah dari segi pemberian permit, biasiswa, agama Islam, bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.
Semua itu telah mendorong DEB digubal. Langkah mewujudkan DEB itu bertujuan bagi memastikan pembelaan terhadap orang miskin yang selama 450 tahun tertekan di bawah tapak kaki penjajah.
Atas sebab itulah dalam sejarah moden Malaysia, perjuangan ekonomi bangsa bermula apabila DEB digubal. Ini kerana DEB bertunjangkan pembanterasan kemiskinan dan juga penyusunan semula masyarakat. Ia wujud daripada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan ia mampu dipertahankan biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan kecaman daripada pihak tertentu hari ini.
Bagaimana pula kita hendak menegakkan Perkara 153 ini sebagai pengiktirafan kepada hak pribumi bumiputera terhadap negara ini?ABDUL RAHIM: Ia ada kaitan dengan kewujudan Melaka, negeri itu dalam sejarah sebenarnya adalah tamadun yang diperakui oleh dunia dan dalam pembentukan tamadun ini kita mempunyai proses sejarah sebagai pribumi.
Mungkin ada yang bertanya kenapa Melayu jadi penduduk asal? Kenapa tidak Orang Asli yang lebih awal tidak diiktiraf sebagai memulakan tamadun? Mengikut pengukuran sejarah sesuatu bangsa itu kebolehan mewujudkan satu tamadun akan menjadi asas pengiktirafan. Dari segi sejarah, pengiktirafan pribumi diberikan kepada orang Melayu kerana kita terawal, biarpun ada Orang Asli. Ini kerana mereka tidak mewujudkan ketamadunan.
Dalam mewujudkan Perkara 153 dalam Perlembagaan ia bukanlah satu perjuangan yang mudah kita capai. Saya ingin memperbetulkan kesilapan pandangan majoriti mengenai filem Hati Malaya. Filem itu menggambarkan seolah-olah perjuangan menegakkan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalam ada Perkara 153 hanya berlaku apabila wujud UMNO dan Tunku Abdul Rahman.
Tetapi sebenarnya perjuangan mewujudkan Perlembagaan Malaysia yang di dalamnya terkandung Perkara 153 ialah perjalanan sejarah yang lebih jauh daripada ketika wujudnya kumpulan Tunku Abdul Rahman mengambil alih pentadbiran UMNO daripada Dato’ Onn Jaafar.
Ertinya perjuangan menegakkan Perkara 153 itu lebih awal?ABDUL RAHIM: Ia lebih awal kerana Tunku Abdul Rahman hanya muncul di penghujung. Apa yang saya ingin katakan perjuangan untuk mewujudkan Perkara 153 ini sudah bermula pada zaman komunis lagi. Inilah cabaran pertama. Apabila Bintang Tiga keluar dari hutan ia adalah permulaan kepada satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.
Bintang Tiga telah membunuh orang Melayu kerana mengesyaki mereka bersubahat dengan orang Jepun. Kemudian apabila Bintang Tiga sudah membalas dendam dia berhasrat untuk mengisi kekosongan pemerintahan negara ini dengan menjadikan ia sebuah republik. Maknanya, langkah itu akan memberi pengiktirafan yang sama rata kepada orang Melayu, India dan Cina. Walaupun Bintang Tiga ini ditentang keras namun mereka masih berjaya mempengaruhi orang Melayu. Apa yang perlu difahami seandainya republik diwujudkan maka dengan sendiri Perkara 153 tidak akan wujud.
Malang dalam usaha ia cuba menterjemahkan negara ini menjadi sebuah republik, orang yang sama menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi dengan babak berbeza. Inilah cabaran kedua kepada orang Melayu kerana matlamat PKM sama iaitu menjadi Malaya sebuah republik. Semasa menentang pengganas komunis ini, kita terpaksa mengisytiharkan darurat dari tahun 1946 sehingga 1960.
Perbuatan PKM ini adalah satu pukulan kepada sistem politik yang berasaskan kepada Keluhuran Perlembagaan yang mana Perlembagaan itu mempunyai satu peruntukan yang memberikan pengiktirafan kepada penduduk-penduduk pribumi. Ribuan warga keselamatan kita gugur dari 1946 hingga 1960 dan mereka ini bukanlah mati katak. Mereka mati untuk mempertahankan Malaya yang harus dibentuk dengan Perlembagaan tertentu yang mana ia memberikan pengiktirafan kepada pribumi.
Titisan darah wira-wira yang terkorban harus direalisasikan dengan menegakkan satu Perlembagaan yang memberi pengiktirafan kepada pribumi. Kita mesti hargai pengorbanan mereka yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan. Orang ini menjadi asas yang membolehkan pemimpin-pemimpin bergerak untuk mencapai tahap lebih tinggi iaitu merdeka.
Siapa mereka tidak pernah dan jarang disebut. Walaupun mereka dilihat berjuang demi mempertahankan kedaulatan Malaya, tetapi di jiwa sanubari mereka ialah untuk melihat kewujudan sebuah Malaya yang mana Melayu menjadi asas dan tonggaknya.
Cabaran ketiga yang dihadapi oleh DEB yang berkaitan dengan Perkara 153 ialah apabila British cuba mewujudkan Malayan Union. Sebenarnya Malayan Union adalah satu konsep republik seperti mana yang diperjuangkan oleh Bintang Tiga dan juga PKM. Sebab itulah dalam Malayan Union terdapat peruntukan untuk memberi hak kerakyatan berdasarkan Jus soli – ertinya siapa sahaja yang berpijak di bumi Malaya maka ia akan menjadi rakyat Malaya.
Apa sebenarnya yang dilakukan oleh British sehingga ia dilihat boleh menggugat Perkara 153 tersebut?ABDUL RAHIM: Gabenor British pada masa itu mempengaruhi Dato’ Onn Jaafar untuk memastikan parti UMNO yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn itu yang menggabungkan segala kekuatan orang Melayu dapat dibendung melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). British mempengaruhi Dato’ Onn dan mendesak beliau supaya UMNO mesti boleh menerima bukan Melayu apabila berbuat demikian ia bermakna menerima Malayan Union. British menjalankan satu politik yang memperalatkan Dato’ Onn Jaafar melalui platform UMNO.
Konsep Malayan Union ini sama seperti mana konsep yang diperjuangkan oleh Bintang Tiga dan Parti Komunis Malaya (PKM). Gabenor British memberi syarat kalau Datuk Onn ingin melihat Tanah Melayu merdeka, orang lain harus mempunyai hak sama dengan orang Melayu.
Pendekatan ini juga cuba membuka keahlian UMNO pada masa itu kepada orang bukan Melayu supaya UMNO menjadi landasan untuk memilih kemerdekaan melalui gagasan Malayan Union.
Tetapi apabila orang Melayu tahu kedudukan raja tidak dihormati, hak keistimewaan orang Melayu tidak dihargai dan soal agama dipinggirkan maka mereka menolak idea tersebut dan Datuk Onn Jaafar. Semua itu adalah cabaran ketiga dalam kita hendak mempertahankan Perkara 153. Nasib baik orang Melayu membuat keputusan menolak cadangan British tersebut kalau tidak UMNO akan menjadi seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Semua itu adalah hasil pengorbanan orang Melayu, orang Melayu kena bunuh bersubahat dengan Jepun dan Bintang Tiga, orang Melayu dibunuh oleh PKM yang hendak menjadikan Tanah Melayu republik dan orang Melayu cuba diperkudakan oleh British dengan memanipulasikan UMNO.
Dalam soal konsep Malaysian Malaysia, tidakkah ia turut menjadi cabaran dalam mempertahankan hak istimewa orang Melayu?ABDUL RAHIM: Itu merupakan cabaran keempat dalam usaha kita mempertahankan Perkara 153. Ia berlaku apabila Lee Kuan Yew yang menubuhkan PAP memperkenalkan konsep Malaysian Malaysia – konsep ini sebenarnya dijenamakan semula kerana matlamatnya sama iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
Ertinya, mereka tidak dapat menerima kewujudan Perkara 153, apabila mereka berbuat demikian bermakna mereka tidak dapat menerima DEB. PKR kata hendak ganti DEB kepada Agenda Ekonomi Malaysia.
Jika dikaji Kuan Yew pada masa itu menggempur kekuatan UMNO dan Perikatan di Semenanjung. Kedudukan itu menyebabkan orang Melayu tercabar buat kali keempat dalam sejarah kita. Apa yang dikemukakan oleh Kuan Yew pada masa itu disokong oleh semua orang Cina Singapura dan jika ia disambut oleh orang Cina di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mungkin falsafah Malaysian Malaysia itu akan menjadi kenyataan.
Kini kita menempuh cabaran kelima apabila secara terang-terangan konsep Malaysian Malaysia atau konsep keadilan dan kesamarataan cuba diperjuangkan oleh PKR dan ia cuba menjadikan perkara itu sebagai asas tonggak kepada sistem kenegaraan, ertinya Melayu tidak lagi menjadi tonggak.
Dalam sejarah dunia tidak ada banyak negara dalam tempoh 30 tahun boleh mentransformasikan negara kepada keadaan yang lebih elok. Terlalu banyak negara yang mencapai kemerdekaan sebelum Malaysia terus dicengkam dan diabdikan oleh negara besar.
Dalam berhadapan situasi seumpama itu, apa yang seharusnya kita lakukan?ABDUL RAHIM: Kita perlu memperkukuhkan ekonomi negara ini. Ia kerana ekonomi menjadi ukuran kekuatan dan maruah sesebuah negara. Lihatlah Singapura, saiznya mungkin sama besar dengan negeri Melaka tetapi saiz ekonominya sama dengan Malaysia. Semua ini didorong oleh saiz ekonomi. Jepun kalau dibandingkan dengan saiz negara China sangat kecil tetapi kenapa Jepun dipandang sangat besar sama dengan Amerika Syarikat (AS)? Semua itu kerana saiz ekonominya.
Kita melihat bahawa Anwar dan PKR menganggap dengan adanya DEB dan Perkara 153 ia adalah satu unsur yang mengukuhkan dominasi orang Melayu dalam sistem politik kita. Sejarah telah meletakkan Perlembagaan kita yang dalamnya ada Perkara 153 dan dari Perkara 153 melahirkan DEB yang membawa pembelaan kepada orang miskin, daif dan terhina ini. Peminggiran golongan ini yang dilakukan sejak 1511 telah meningkat kepada satu tahap yang begitu hebat. Walaupun sama-sama naik tetapi masih terdapat banyak lagi lompang antara kaum, jurang antara luar bandar dengan bandar.
Pada pandangan Tan Sri apa muslihat di sebalik usaha Anwar hendak menggugat DEB itu?ABDUL RAHIM: Anwar yang membawa satu ideologi baru melihat ada bukti-bukti yang boleh dieksploitasi kerana perjuangan orang-orang dulu melahirkan satu perlembagaan yang ada Perkara 153. Selagi DEB yang mentranformasikan golongan miskin ini menjadi kumpulan sederhana dan makmur terus wujud, selagi itulah tidak ada parti yang dapat menggantikan UMNO. Maknanya dominasi Melayu dalam sistem politik kita akan kekal sampai bila- bila.
Strategi PKR ialah mesti memperlekehkan DEB dan mengubah dasar ini supaya jangan menjadi satu pembuktian yang kuat bahawa perjuangan kita memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu ini dapat diketepikan untuk membolehkan PKR mendominasikannya.
Mereka menggunakan alasan kononnya globalisasi dan nilai-nilai universal, ini telah banyak mempengaruhi golongan muda kita yang buta tentang laluan sejarah. Kalau kita sendiri tidak memberikan penghargaan terhadap pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang gugur yang membolehkan asas Perlembagaan yang mengandungi Perkara 153, generasi muda kita senang dipengaruhi. Sebab itu Anwar berhasrat menghancurkan dan memusnahkan DEB dengan mewujudkan Agenda Ekonomi Malaysia.
Jadi apa yang perlu dilakukan oleh orang Melayu dalam berhadapan dengan agenda ekonomi seumpama itu?ABDUL RAHIM: Agenda Ekonomi Malaysia yang akan dilancarkan adalah satu pengisytiharan yang mesti ditolak. Filosofi dalam agenda itu ialah memberi pengiktirafan kepada semua kaum dengan kaedah pengagihan yang berlainan dengan DEB. DEB lebih kepada status sosial sesuatu kaum.
Kalau bumiputera 65 peratus haknya lebihlah dengan kaum yang 25 peratus atau tujuh peratus. Kita mestilah mengikut keadilan kependudukan. Tetapi asas Agenda Ekonomi Malaysia ialah pengagihan yang sama rata. Itu bukan keadilan tetapi kesamarataan yang diasaskan oleh agenda berkenaan yang berbeza dengan DEB.
Pas yang ada dalam Pakatan Rakyat pula meletakkan perjuangan Islam lebih daripada perjuangan kaum. Mereka tidak peduli tentang kedudukan bahasa Melayu atau ketuanan Melayu kerana pendekatan kepada Islamik cara Pas.
Jadi dari segi keperluan mikro mungkin perjuangan itu universal pendekatan Islam. Sedangkan perjuangan untuk mengangkat martabat memerlukan pendekatan makro untuk melihat setiap strategi itu disusun. Ini kerana budaya, sejarah dan latar belakang kita berlainan dan memerlukan pendekatan yang lebih efektif untuk mengangkat martabat.
Mungkin orang tertanya-tanya kenapa baru sekarang Tan Sri bercakap tentang rentetan sejarah DEB ini?ABDUL RAHIM: Saya perlu sebutkan perkara ini supaya rakyat Malaysia faham tentang laluan sejarah. Dalam memahami cita-cita untuk untuk lebih makmur dan berilmu, pada masa yang sama kita telah lupa pengorbanan golongan terdahulu terutama wira-wira kita dan orang Melayu yang telah banyak terkorban dalam menegakkan perlembagaan Malaya ketika itu.
Seharusnya ada satu penghargaan terhadap apa yang telah kita buat pada masa yang lalu tentang cita-cita, pengorbanan dan titisan darah sehingga Tunku Abdul Rahman berjaya menuntut tarikh kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957. Jika kita tahu laluan sejarah, soal kontrak sosial atau DEB tidak menjadi debat. Tetapi kini bukan saja debat tetapi nak menghapuskan kedudukan ini. Jadi 16 September itu bukan hari keramat tetapi “hari kiamat”.
DEB bukan menindas kaum lain tetapi sebaliknya untuk membela kaum yang lemah. Kebetulan yang banyak lemah dan papa kedana ialah orang Melayu. Perjuangan yang dibawa oleh PKR ini harus difahami oleh rakyat Malaysia yang rasional serta mempunyai kebijaksanaan membuat keputusan.
Tetapi sokongan kepada PKR ini juga turut diberikan oleh orang Melayu, adakah mereka tidak tahu sejarah ini?ABDUL RAHIM: Mungkin tidak tahu sejarah. Mungkin juga tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Orang ini lebih mudah dikembalikan kefahaman dan penghayatan bagaimana kita harus membina semangat patriotisme berasaskan kepada laluan sejarah kita yang jelas. PKR bukan memperjuangkan sesuatu yang baru atau landskap politik yang baru. Ini yang kelima dalam siri untuk menghancurkan kedaulatan dan kedudukan Melayu dalam negara kita.
Apakah nasihat Tan Sri kepada orang Melayu?ABDUL RAHIM: Kita harus menghargai sejarah mengenai betapa susahnya menghadapi keganasan untuk menegak apa yang ada pada hari ini yang telah teruji sejak 51 tahun kita merdeka.
SUMBER UTUSAN MALAYSIA 21 September 2008 / 21 Ramadan 1429

Tuesday, 16 September 2008

THE SOCIAL CONTRACT

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 30, 2008 3:59 PM Permalink Comments (354) TrackBacks (0) Previous Blog
(versi Bahasa Malaysia di akhir artikel ini)

1. There has been a lot of talk about a Social Contract in Malaysia.

2. Perhaps it would be useful if we understand this concept a little bit more before we argue about it.

3. If we care to look into the origins of the social contract we will find that it is a European concept enunciated by European philosophers. The most famous is Socrates, the Greek philosopher who was jailed and sentenced to death.


4. He refused to escape and migrate to another Greek city-state because he believed he was bound by a social contract to live by the laws of his state of Athens as he was born and brought up there, benefiting from the aforesaid laws.

5. Before this social contract, men were said to live in a State of Nature, where there was no law to govern the relation between individuals in a small primitive society. The law of the jungle prevailed where might was right.

6. As society grew it became necessary to have laws which govern the behaviour of members of the society. All citizens were committed to respect and submit to the laws. This understanding is in fact a social contract although there was no oral or written undertaking to respect and submit to the laws. This was the view of Socrates. Later philosophers enlarged on this concept but there was never a requirement for a formal contract.

7. The Greeks are said to practise a democratic form of Government. However the citizen who had the right to participate in Government were limited to male adults of sound mind. Women, children, slaves, captives, criminals and foreigners were not accorded the rights of citizens and could not play a part in Government.

8. Much of European civilisation is based on the Greek civilisation. But as society grew bigger, direct participation in Government by the people became impossible.

9. At one stage democracy was abandoned in favour of feudalism in which a monarch ruled by Divine Right. In Asia this had always been the form of Government. Nevertheless the submission of the subjects to the Monarch was also a form of social contract.

10. Later feudalism was replaced by republicanism i.e. a return to the public of the power of Government.

11. Numerous forms of republics have emerged, each with its own set of laws and rules regarding the government of the country. But whatever may be the form, the laws and the rules, the citizens are bound by them. There would be no written contract but for foreigners to accept the rights of citizenship, there would usually be a formal undertaking to submit to the laws and system of the Government of the country.

12. After becoming citizens their offspring would automatically be regarded as citizens and as citizens they need not swear a formal oath of allegiance to the country. This right is through jus sanguinis i.e. through blood relation.

13. But there can also be citizenship by being born in the country or jus soli. This can be provided for by the laws of the country.

14. But whether citizenship is gained through jus sanguinis or jus soli, the social contract still applies even though there is no formal oath taking.

15. What is clear is that a social contract is a general understanding on the part of a citizen to submit to and obey the laws and the institutions of the country. The social contract governs not just his relation with the country, its Government and its institutions but also his relationship with his fellow citizens.

16. After receiving comments on this I will talk about the Malaysian social contract and its effect on Malaysia.


*****

KONTRAK SOSIAL


1. Banyak yang diperkatakan berkenaan Kontrak Sosial di Malaysia

2. Mungkin ada baiknya kita cuba faham akan konsep ini sebelum kita berbahas dengan lebih lanjut.

3. Jika kita kaji asal usul kontrak sosial kita akan dapati bahawa ianya adalah satu konsep bangsa Eropah yang diketengahkan para falsafah Eropah. Yang termasyhur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh.

4. Beliau enggan lari dan berhijrah ke bandar Greek yang lain kerana beliau percaya bahawa ia terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang Athens di mana dianya dilahir dan dibesarkan dan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut.

5. Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tidak ada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat primitif yang kecil. Yang ada hanyalah undang-undang "belantara" dimana yang kuat selalunya benar.

6. Apabila masyarakat berkembang terdapat keperluan undang-undang bagi mentadbir perilaku sesuatu masyarakat. Setiap warganegara komited terhadap perlunya hormat dan akur pada undang-undang. Pemahaman ini merupakan kontrak sosial walaupun tidak terdapat apa-apa pengakuan untuk hormat dan akur terhadap undang-undang secara lisan mahupun bertulis. Ini pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.

7. Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Tetapi rakyat yang behak menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, penjenayah dan warga asing tidak diberi hak sebagai warganegara dan tidak boleh memain peranan dalam kerajaan.

8. Sebahagian besar tamadun Eropah berasas kepada tamadun Greek. Tetapi apabila masyarakat berkembang besar adalah mustahil untuk mereka membuat penyertaan secara langsung didalam Kerajaan.

9. Pada satu peringkat, demokrasi ditolak dan sistem feudal diterima di mana raja memerintah dengan penuh hak ketuhanan. Ini merupakan bentuk Kerajaan yang terdapat di Asia. Bagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja juga merupaka satu bentuk kontrak sosial.

10. Kemudian feudalisme digantikan dengan sistem republik iaitu mengembalikan kepada rakyat kuasa Kerajaan.

11. Pelbagai bentuk republik telah wujud, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri berkenaan kerajaan Negara tersebut. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan-peraturan, setiap warganegara terikat dengannya. Tidak ada kontrak bertulis tetapi bagi orang asing yang menerima hak warganegara, pada lazimnya akan ada perakuan formal untuk menturuti sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu.

12. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada Negara berkenaan secara formal. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.

13. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.

14. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal.

15. Yang jelas, kontrak sosial adalah kefahaman secara umum seseorang warganegara untuk menghormati dan akur kepada undang-undang dan institusi sesebuah negara. Kontrak Sosial ini tidak terhad kepada mengurus perhubungannya dengan negara, Kerajaan dan institusi, tetapi juga perhubungannya dengan rakan senegaranya yang lain.

16. Saya akan menulis berkenaan kontrak sosial dan kesannya terhadap Malaysia selepas menerima komen terhadap rencana saya yang ini.

http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-social-contract.html

THE SOCIAL CONTRACT 3

THE SOCIAL CONTRACT 3

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 10, 2008 5:17 PM | Permalink | Comments (846) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. I am sorry to have to revert to the social contract issue again because of some disturbing development.

2. Young Malays, including professionals are said to have espoused liberalism and meritocracy. They question the need for affirmative action and the New Economic Policy. They believe that the Malays should compete with the other races. If they fail then they do not deserve the dominant role in the politics of Malaysia. They should accept non-Malay leadership of the country.

3. This view of the young Malays sounds refreshing. Unfortunately these liberal Malays are in a minority. The majority of the Malay professionals and young Malays have hardened their stand on the position of their race since the disaster of 2008. They are incensed especially by the arrogance of the Bar Council. They now question the social contract and reject the need to adhere to it. This sounds almost like the Chinese stand. But the difference is startling and disturbing.


4. They disagree with the Tunku giving the one million citizenship without regard for the conditions for getting citizenship.

5. They say before this the Malays made up the majority of the citizens. They could rule the country by themselves. But the Tunku reduced this Malay majority until they have to depend on non-Malay support. To them the humiliation they are facing are entirely due to the Tunku.

6. This act by the Tunku is part of the social contract. They reject it and they demand that the Tunku's action should be considered to be against the constitution and should be rejected. They demand that the citizenship given by the Tunku should be withdrawn or nullified.

7. They also question the other concessions given the non-Malay communities, especially the schools and the use of other languages.

8. In short they seem to reject the social contract altogether and to go back to the situation before the leaders of the communities made their bargain.

9. Questioned as to what would happen if the British refused to give independence, they suggested that the Malays resort to armed struggle and co-operation with a neighbouring country. They suggested that we should have formed Melayu Raya together with this neighbouring country.

10. I must admit the retrogression of their viewpoint but this is becoming more current as the debate on the social contract goes on. They are particularly incensed by the Bar Council which seems to them to be questioning Malay rights according to the agreement in the social contract.

11. So far we hear only the non-Malays rejecting the social contract. This is the first time I hear of Malays rejecting the social contract. I think the Government should handle this problem carefully. Otherwise it may become widespread and effect the fragile harmony between the different races.

12. I did not like putting this on my blog. But I have no access to the Government. In any case I doubt the Government would take this twist on the Social Contract seriously. Dato Seri Abdullah would deny that anything is happening.

13. Malaysia had remained stable for half a century because sensitive issues were not publicly discussed. The Government now appears to practice selective freedom of speech. As long as you don't attack the Government especially Dato Seri Abdullah you may say what you like whether racist or seditious. But if you attack the Government or Dato Seri Abdullah every effort would be made to silence you or to keep you out of the news.

14. The selective freedom is stirring up racist feelings everywhere. Hence the remarks made by the State Assemblywoman from Perak and Dato Ahmad Ismail in Penang. And now we see the support given to Ahmad and his condemnation of MCA and Gerakan leaders by all the 13 UMNO divisions in Penang.

15. I believe racist sentiments among Malays and non-Malays are rising. If it flares up the stability of this country may be affected permanently. We may see political wrangling of the kind we see in several other countries. In the process the economy of this country would be destroyed.

16. This slide must be stopped. No one should disregard the obligation to uphold the social contract.

17. That understanding between the leaders of the three races had served us well. So has the ban on questioning certain provisions in the Constitution.

18. I had tried during my time to balance the treatment of the different races. I had been labeled a racist before. But towards the end of my tenure the Chinese in particular supported me. But throughout I never forgot my obligations to the Malays.

19. Dato Seri Abdullah has tried to placate everyone. He has given one billion Ringgit here, one billion Ringgit there; he has given unknown sums of money to Tun Salleh Abbas and the other judges who had been dismissed in order to placate the Bar Council, he has promised billions of Ringgit for numerous corridors, billions for transport, lower oil prices etc etc. But no one believes him because the promises and fund allocations have not materialised. The fact is that nobody believes him or trusts him. No one has been placated.

20. The racialist trend will continue. I frankly don't think Dato Seri Abdullah can handle it.

21. What is the solution? Right thinking people must make their rejection of Dato Seri Abdullah's leadership heard. If we don't then whatever racial harmony that exist would be eroded and will destroy this beloved country.

SOURCE: http://test.chedet.com/che_det/2008/09/the-social-contract-3.html

MALAY UNITY AND MALAYSIAN UNITY

MALAY UNITY AND MALAYSIAN UNITY

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 15, 2008 8:27 AM | Permalink | Comments (613) | TrackBacks (0) | Previous Blog

1. Malaysia has a multi-racial population but is quite unique in that the division is not just by race alone but by religion, language, culture and economic situation. Unity in such a diversity is extremely difficult to achieve.

2. If we study other nations where people of different ethnic groups have immigrated, we will find that integration and unity depended on several important factors. Firstly the indigenous people or the people who had set up the country make up at least initially, a very big proportion of the population. Additionally they would be dominant and materially successful. The small numbers of immigrants trickling in found it judicious and beneficial to be identified with the numerically superior and powerful dominant inhabitants. They would willingly forget their original languages and adopt the language of the people of the country as well as their culture; they would intermarry and over time they would be totally absorbed and assimilated and identified with the indigenous people. In such a situation unity is not a problem. The United States is one such country where the original language and basic culture of first settlers are accepted by later immigrants.

3. In the old days before the coming of the Europeans the few Chinese and Indians who settled in Malacca adopted the language and much of the culture of the Malays. Though there was no assimilation nevertheless good relations existed between the immigrant settlers and the Malays. Unfortunately when later the China-born Chinese-speaking immigrants dominated in numbers as well as economic wealth, the Malay speaking Baba and Nyonya deliberately dropped their Malay language and Baba culture and reverted to being Chinese in every way possible.


4. Difficulties in assimilation arise when the late comers are more dynamic and better equipped to progress than the indigenous people. A feeling of superiority towards the indigenous people tended to keep the late-comers apart. As their community grew they established separate enclaves and erect invisible barriers against the indigenous. As their numbers grew the separation became deeper.

5. The British are only partly responsible for the separation of the races in Malaysia, for keeping the Malays in the rural areas, the Chinese in the urban areas and the Indians in the estates. The different races are also responsible. They made no attempt to mix together as a matter of preference.

6. The Malays before World War II really believed that the Chinese and Indians were temporary guests who would return to their countries once they had made enough money. So it was at the beginning.

7. Even when they showed signs of staying permanently, the Malays and their Rulers believed the British would honour the treaties which recognised the Malay States as the land of the Malays, the peninsula as Tanah Melayu or Malay Land.

8. But after the Brits returned after the war they talked of "giving" this country to whoever wishes to stay here. Although the Malays rejected this and forced the Malayan Union to be abandoned, they realised that things had changed and they had to recognise the claims of some of the non-Malays at least.

9. To cut a long story short independent Malaysia recognised the citizenship rights of the non-Malays and gave them quite freely. This is unlike many countries in the region where strict conditions were imposed. In fact, some immigrants were actually expelled.

10. The hope at independence was that the non-Malays would accept a single national language and a single national identity. But it became clear very quickly that the Chinese and the Indians wanted to retain their identities, their mother tongue and their culture. They did not want to be solely Malaysians, certainly not Malays.

11. At the beginning some prominent people tried multi-racial politics but this was rejected by the ordinary Malays, Chinese and Indians. In the end we settled for a compromise - retain your racial identity but cooperate with each other in a coalition of racial parties.

12. Politically it was a good formula and it worked. But when English schools were abolished and the Malay, Chinese and Indians children went to their own schools rather than to the national schools where the teaching was in the National Language. The hope for true national integration faded. After this even the attempt to put the schools from the three language streams in one campus was rejected by the Chinese.

13. It is no good blaming the politicians for perpetuating racial schism. Some of them who tried to ignore racial loyalties simply failed politically. For various reasons the races preferred to stay separated. They may meet at their work place or the playing field but they go home to separate enclaves according to their race.

14. We had opted for democracy and popularity decides who rules the country. Those who reject racialism simply lost popular support. But those who embrace racialism won.

15. They are not racists. The leaders of the different races were, at least in the beginning, able to get along well with each other. They developed close friendship. But they had to be very conscious of their racial backing and to cater to racial demands.

16. The lower ranking leaders, the ordinary members of political parties and the people as a whole had shown no sign of forgetting their racial identity. There may be few liberal minded ones who reject race, but some who do this do so because they believe their own race would gain by it. So even these people are racialist at heart.

17. Then came the resurgence of Islam worldwide. The Malaysian Malays began to adopt Islamic conservativeness especially with the dress code. This tended to push them further apart from the non-Muslims who saw this as an attempt to differentiate Muslim Malaysians from non-Muslim Malaysians. Some people suspect that this is the intention.

18. The behaviour of some extremist exponents of Islamic separateness did not help.

19. And so the races drifted further and further apart. All the time the so-called non-racial parties with their single-minded campaign against the positions of the Malays and Islam as agreed upon at the beginning actually intensified Malay racial sentiments, causing them to yearn for Malay unity rather than Malaysian unity.

20. The ideal of having a non-racial Malaysian nationality has now been almost forgotten. As the self-proclaimed non-racists attacked Malay racialism, the feeling among the Malays hardened. Openly the Malays have not attacked Chinese racialism as manifested by their practical rejection of the use of the National language, their rejection of the National schools, their Malaysian Malaysia slogan. If they do it would be muted and certainly not as blatant as non-Malay attacks against Malay racialism.

21. The Malays have seen what has happened to the Malays of Singapore and they have no desire to be like Singapore Malays.

22. So their reaction is to seek for Malay unity. They feel threatened, and their fear is real. Admittedly there are among the younger educated Malays a few who claim to reject Malay unity. But these people do not represent the vast majority of the Malays.

23. Malay unity, if it becomes stronger will make it more difficult to bring about Malaysian unity. But it must be remembered that the Chinese and Indian are also keen to retain their identities more and more. The Hindraf memorandum is very telling. And the Chinese educationists want even stronger role for Chinese language.

24. The trend is obviously against Malaysian Unity. A weak and unstable Government with its crude attempts to win over the different races through giving in on all demands does not help. Every time it gives in to the demands of one race it simply antagonises and pushes the other races further away.

25. If we still want Malaysian Unity we need to be willing to make sacrifices regarding what we consider to be our racial rights. Everyone has to do this. The leaders must be given some mandate to discuss these matters in private and to make concessions. After each step the lower rung leaders of each race must be given full briefing as to why the concessions have to be made. It would be useless if they don't agree.

26. Provided we can roll back the present unhealthy trends and redirect it towards more positive non-racial objectives, provided we do this slowly by small steps we may be able to create a truly Malaysian identity where race would gradually become less important. It will take time but with sincerity we may reverse the present trends and move towards increasing co-operation and integration.

SOURCE : http://test.chedet.com/che_det/2008/09/malay-unity-and-malaysian-unit.html#more

Jangan gugat hak Islam

Jangan gugat hak Islam
wawancara dengan Pengarh JAKIM

MUTAKHIR ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk ‘menggugat’ keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ia dilakukan melalui pelbagai cara. Antaranya penganjuran forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ oleh Majlis Peguam, Ogos lalu, penyebaran artikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campur tangan dalam upacara keagamaan Islam.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz di pejabatnya, Ahad lalu bagi mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Apabila Islam itu agama rasmi negara, maka apakah hak bagi umat Islam untuk mempertahankannya?

WAN MOHAMAD: Perlembagaan di mana-mana negara di dunia pun dianggap undang-undang dasar tertinggi.

Di dalam Perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan.

Jadi, apabila Islam dipilih sebagai agama bagi Persekutuan ia bermakna rakyat dan sistem pemerintahannya mesti seiring. Meletakkan Islam sebagai asas utama pentadbiran negara.

Menurut pakar undang-undang, tidak ada kesalahan yang lebih besar bagi rakyat selain menolak Perlembagaan negara.

Di Malaysia, antara contoh kesalahan ‘dosa besar’ adalah menyentuh atau mempertikai kedudukan raja-raja Melayu.

Apa yang sepatutnya berlaku adalah ketentuan ini yang disokong dan diterima pakai oleh kontrak sosial mesti dijunjung oleh setiap rakyat. Bukan hanya orang Islam atau Melayu sahaja. Ini adalah teras kepada jalinan hubungan antara kepelbagaian etnik dan agama di negara kita.

Justeru, kalau ada pihak yang hendak merungkainya, pasti ada pihak akan tampil mempertahankan Perlembagaan dan hak masing-masing.

Oleh itu, apabila ada yang mempertikai kenapa ada Jakim dan bukannya Jakam (Jabatan Kemajuan Agama-agama Malaysia) dan cadangan ditubuh pelbagai jabatan agama-agama lain, ini pastinya bertentangan dengan semangat Perlembagaan kita.

Sudah pasti, pihak yang paling berhak mempertahankan Islam di Persekutuan adalah Jakim. Saya juga amat yakin banyak pihak bersama Jakim dalam hal ini.

Mengapa hal ini perlu dibendung?

Sejak merdeka bahkan sejak pra merdeka, bumi bertuah ini sudah lama menjadi negara pelindung. Dalam erti kata, menjadi tumpuan rakyat negara lain yang berhijrah ke Persekutuan Tanah Melayu. Mereka datang sama ada untuk bekerja atau menetap di sini.

Dan dengan murah hati, kita (orang Melayu) memberi hak menjadi warganegara kepada mereka.

Selepas merdeka, hal ini makin ketara di mana keadilan ditegakkan kepada semua kaum dan agama. Ini terbukti melalui pelbagai petunjuk baik dalam segi ekonomi mahu pun sosial. Golongan yang asalnya pendatang itu tadi kini dapat hak yang sama sebagai warganegara.

Oleh itu, mereka mesti hormati jaminan hak keistimewaan peribumi iaitu orang Melayu. Mereka perlu menghormati hak asasi manusia dan pada masa yang sama kena hormati hak peribumi dan Islam sebagai agama rasmi.

Apakah boleh saudara tunjukkan jika ada negara lain yang memberi ruang kepada sistem pendidikan yang bukan teras tradisi penduduk tempatan seperti Malaysia. Sebaliknya, kerajaan Malaysia membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Cina.

Sehinggakan orang Islam merasakan nasib sekolah-sekolah agama rakyat seperti diabaikan. Mujurlah, hal ini diatasi melalui penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama oleh Kementerian Pelajaran.

Yang menjadi masalah apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan bukan berpunca daripada kehilangan hak. Sebaliknya hendak merebut hak orang lain (Islam). Pada masa yang sama nak menggugat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


Islam adalah agama toleransi. Tetapi setakat mana tolak ansur dibenarkan?

Pada asasnya, hubungan Islam dengan agama lain adalah didasari oleh wasatiah atau kesederhanaan. Ini pula perlu ditafsir dengan tepat.

Islam menuntut dalam persoalan akidah tidak boleh paksa pihak lain terima akidah Islam. Ini juga ditegaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...(al-Baqarah: 256) Sebabnya akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan.

Sebab itulah penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai.

Tetapi dalam bab kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang. Bagi orang Islam kita terikat dengan syariat Allah. Orang bukan Islam yang hidup di negara Islam, mereka bebas ada rumah ibadat masing-masing yang dibina mengikut undang-undang.

Dan kita tidak pula mengambil langkah ekstrem seperti membakar atau meroboh rumah ibadat bukan Islam. Pernahkah ia berlaku di Malaysia?

Namun, nasib orang Islam di negara bukan Islam adalah sebaliknya. Masjid Babri di Ayodhya, India yang penuh dengan sejarah misalnya dirobohkan. Begitu juga masjid di Yugoslavia. Perbuatan ini bukan sekadar penghapusan etnik tetapi menolak terus hak orang Islam mempunyai rumah ibadat di negara berkenaan. Bahkan di Eropah hak orang Islam untuk menutup aurat diganggu.

Islam memang mengajar umatnya bersikap moderate tetapi jangan lupa Islam juga mewajibkan kita mempertahankan agama sehingga ke tahap sanggup syahid.

Sebab itu, Jakim tampil membuat laporan polis untuk bendung kegelisahan dan keresahan umat Islam terhadap artikel yang disiarkan dalam blog Malaysia Today. Kita percaya bahawa undang-undang yang sedia ada mampu wujudkan ketenteraman awam.

Malangnya, ada segelintir masyarakat bukan Islam tidak menghargai semua ini. Mungkinkah kelemahan umat Islam masa kini menjadi punca mereka semakin berani mencabar kita?

Semua rakyat khususnya yang bukan Islam patut rasa tenang tinggal di Malaysia kerana mereka hidup dengan aman dan tidak ada suicide bomber.

Selama ini siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana sederhana ini di negara kita kalau bukan sikap kerajaan yang amalkan pendekatan wasatiyah tadi.

Toleransi umat Islam jika disalah guna dan dipandang rendah akan sebabkan timbulnya kumpulan militan yang sanggup mempertahankan maruah agama melalui apa juga cara termasuk kekerasan. Terutama apabila mereka fikir agama Islam itu dihina dan dicabar.

Ini yang sepatutnya kita bendung dan kita sudah pun berjaya membendungnya daripada berlaku dalam negara.

Kalau situasi tidak terkawal ia akan merebak daripada pertembungan penganut agama kepada kaum. Sebabnya realiti etnik di Malaysia, penganut agamanya diwakili majoriti sesuatu kaum. Ini berbeza dengan negara lain termasuk di Asia Barat. Di Lebanon atau Syria, mereka semua berbangsa Arab tetapi ramai yang menganut Katholik dan Protestan.

Yang agak pelik, mereka yang mencabar Islam itu ada di antaranya orang Islam sendiri. Mengapa berlaku sedemikian?

Hal ini bukanlah ganjil. Dalam konteks sejarah Islam, ia boleh disifatkan sebagai pengulangan sejarah.

Ia pernah berlaku di dunia Arab, benua Indo-Pakistan hingga lahir ajaran Sikh, Bahai dan Qadiani. Semua ini asalnya diasaskan oleh sama ada orang Islam atau yang ada kaitan dengan Islam.

Di satu pihak lagi, musuh-musuh Islam lebih selesa dan rasa selamat jika memperalatkan orang Islam yang jahil untuk timbulkan keraguan terhadap agama Islam. Ini disebut strategi tashkik atau membangkitkan rasa syak terhadap agama sendiri.

Malangnya, saudara-saudara kita mungkin tidak sedar permainan ini kerana ia mungkin bertopengkan kebebasan dan hak asasi manusia. Sebab itu, pelbagai konvensyen antarabangsa cuba dikenakan ke atas negara Islam supaya kita terikat sebagai penandatangan deklarasi tersebut.

Hal ini pula berjalan serentak dengan kempen melalui media antarabangsa. Isu yang selalu diguna adalah wanita dan kesaksamaan gender. Peluang tashkik ini direbut sepenuhnya apabila terdapat sesetengah negara Islam atau komuniti Islam yang ceduk nilai adat dalam ajaran Islam. Mereka mendakwa, nilai itu adalah ajaran Islam tetapi yang sebenarnya ia lebih untuk memenuhi kehendak golongan tertentu.


Tidak menghargai kebebasan yang dinikmati adalah antara sebab tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenakan ke atas beberapa individu. Apakah pandangan Islam terhadap undang-undang seperti ISA?

ISA termasuk kategori undang-undang pencegahan. Mencegah sesuatu mudarat yang dijangkakan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah.

Pemerintah perlu bertindak atas dasar memelihara maslahat (kepentingan) ummah. Dalam kaedah fiqh disebut tasorruful imam ala ar-ra’ieyat manutun bil maslahah. Ia bermakna setiap tindakan atau dasar yang diputuskan oleh pemerintah mesti diasaskan menjaga maslahat rakyat.

Dalam menentukan maslahat ini, pemerintah melihat kepada kepentingan hak majoriti rakyat yang perlu diberi keutamaan berbanding hak asasi seorang atau sekelompok rakyat.

Ini bermakna, undang-undang pencegahan memang menjadi tanggungjawab pemerintah dan ia selari dengan tuntutan Islam.

Yang selalu dipertikaikan adalah tahanan tanpa bicara. Kita mempunyai pelbagai undang-undang yang boleh digunakan untuk dakwa seseorang termasuklah Akta Hasutan 1948 dan juga di bawah Kanun Keseksaan.

Kerajaan pun sudah mengambil pendirian mengkaji semula ISA supaya tahanan tanpa bicara itu dilakukan dengan lebih teliti. Ia supaya tidak ada ruang berlaku salah guna.

Apa pula tindakan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam keadaan ditekan dan diserang sebegini?

Di Malaysia, kita perlu pastikan kesahihan sesuatu berita. Contoh, apabila tersebar berita orang Islam atau institusi Islam dihina, dicemari ia bukan bermakna kita boleh ambil tindakan bersendirian.

Kita hidup dalam masyarakat yang bersistem. Islam di Malaysia ada pelindungnya iaitu raja-raja Melayu yang diperkasa dengan peruntukan undang- undang.

Cara terbaik, bagi ruang kepada sistem perundangan berjalan supaya orang yang menghina Islam diadili mengikut proses undang-undang. Hatta, jika kita terpaksa bangkit mempertahankan hak dan maruah Islam pun perlu melalui undang-undang.

Hanya orang yang tidak sabar sahaja yang tergamak mengambil tindakan di luar batasan jadi ia membawa kepada wujudnya gerakan militan atau subversif.

Pengalaman negara jiran, tertubuhnya gerakan ini kerana mereka rasa sistem undang-undang begini tidak berjalan dan agama tidak mendapat perlindungan pemerintah.

Hal ini tidak boleh dibenarkan wujud di Malaysia sebab ia akan menghancurkan negara, rakyat sama ada yang Islam atau bukan Islam.

Sebab itu kita ingin melihat ruang yang ada digunakan sepenuhnya supaya tidak dijadikan alasan oleh kumpulan ekstrem tadi. Kalau bertindak di luar batasan undang-undang, mereka juga berhak dikenakan tindakan undang- undang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam pula jangan ‘mengundang’ kumpulan militan Islam Malaysia bertapak di sini. Sebaiknya bagi kepercayaan kepada kerajaan melaksanakan undang-undang yang sebaiknya demi kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Jangan cuba bawa kumpulan pelampau luar negara yang mempunyai sejarah pertelingkahan agama ke Malaysia. Jangan juga import masalah ke sini seperti tindakan Hindraf.

Apa komen Datuk tentang sikap segelintir umat Islam yang seolah-olah tidak berasa apa-apa pun apabila agama mereka dihina?

Deria sensitiviti umat Islam semakin lemah. Sampaikan orang hina Nabi Muhammad SAW masih ada yang boleh ketawa.

Apakah sehingga orang lain menghina emak atau ayah kita baru nak merah muka? Hanya anak yang terencat akal tidak ada rasa kasih sayang pada ibu bapa yang merelakan ibu bapanya dihina.

Tetapi saya masih bersangka baik, umat Islam masih sayangkan agama tetapi sikap pasif ini menunjukkan betapa lemahnya pegangan dan iman kita. Jangan tunggu terkena atas batang hidung baru nak bangkit.

Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang Jakim seronok atau berasa ‘menang’ dengan penangkapan Raja Petra di bawah ISA?

Jangan ingat kita seronok atau melompat kegembiraan bila Raja Petra ditahan ISA. Sebenarnya kita doakan agar dia cepat dibebaskan dengan syarat dia segera insaf.

SUMBER UTUSAN, RENCANA, 16 SEPT.08

ANTARA PENDATANG DAN PENUMPANG

ANTARA PENDATANG DAN PENUMPANG
Monday, September 08, 2008

Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.

Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.

Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.

Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.

Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.

Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.

Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.

Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).

Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.

Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.

Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.

Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai "Melayu".

Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.

Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

Kita semua adalah rakyat Malaysia.


Posted by Syed Imran at Monday, September 08, 2008 128 comments Links to this post
Labels: General
http://kudaranggi.blogspot.com/